PanduanBatin.com
Blog Perkahwinan, Teknik Tahan Lama Di Ranjang, Tips Lambat Pancut, Petua Rangsang Isteri Serta Suami & Kesihatan Seks, Batin Lelaki Dan Wanita
-
No Comments
Seksual
SAYA menghadapi masalah pancutan air mani. Sama ada ia keluar ketika mengadakan hubungan seks dengan isteri atau menerusi onani, tidak terasa nikmatnya. Namun, pada masa sama ia juga tidak sakit.
Untuk makluman, saya berusia 29 tahun dan baru dua tahun berkahwin serta mempunyai seorang anak. Yang menghairankan ialah masalah ini berlarutan sejak kira-kira setahun lalu.
JOE
Kangar, PerlisEjakulasi untuk lelaki berlaku hasil kemuncak perasaan syahwat akibat rangsangan anggota seksual secara terus atau anggota tubuh badan lain yang menaikkan rasa berahi.
Malah bagi lelaki, kemuncak perasaan syahwat boleh berlaku dengan rangsangan mental, seperti melalui khayalan seksual dan boleh berlaku juga jika lelaki itu terangsang dengan apa cara sekali pun, termasuk bauan mengghairahkan.
Jadi lelaki yang mempunyai badan sihat, fungsi anggota seksual yang cergas dan kesihatan mental yang mantap mampu menghayati tahap keghairahan syahwat yang menggalakkan.
Petua Hubungan Seks Suami Isteri
Klik SINI kenapa isteri berkata "Bang, kenapa pancut cepat sangat nie...tak puas la..."Dalam keadaan letih, lesu dan tahap hormon testosterone atau hormon kelelakian menurun serta tanpa tumpuan ketika melakukan hubungan seksual, tentu kualiti kemuncak tidak seperti diinginkan.
Selain itu, tekanan atau stres boleh menyebabkan kualiti ejakulasi tercabar. Saudara perlu amalkan gaya hidup sihat dan melakukan senaman berkala supaya ada stamina untuk bersama pasangan.
Selain itu, makan makanan seimbang dan elak kenaikan berat badan kerana badan yang ringan mudah bergerak aktif tanpa keletihan.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Jika anda dapati entri blog ini berguna, kongsi dengan rakan-rakan anda. Klik button Facebook dan Twitter di bawah. Semoga pahala anda bertambah-tambah untuk usaha yang sedikit ini!Seksual
-
No Comments
Bersenam
SAYA berusia 25 tahun dan mempunyai berat badan 125 kilogram. Sejak kebelakangan ini, saya menghadapi masalah dengan ketegangan alat sulit saya.
Saya merancang untuk berkahwin tahun depan. Saya jenis kurang bersenam dan kuat makan. Adakah masalah yang saya hadapi sekarang akan membawa kesan buruk kepada kehidupan seks saya?
LEE
Shah Alam, SelangorFungsi seksual yang normal memerlukan sistem urat saraf yang berfungsi normal, perjalanan darah yang sempurna, tahap hormon seks yang normal dan sistem kawalan seks yang cergas. Anda muda dan sudah tentu mempunyai sistem kawal seks yang cergas serta boleh dan mudah teruja serta mampu mencapai ereksi.
Hanya apa yang berlaku ialah ereksi anda tidak bertahan lama dan kurang cergas. Ini kerana keadaan kesihatan anda yang kurang cemerlang, tidak melakukan senaman dan mempunyai berat badan yang berlebihan (obesiti).
Petua Hubungan Seks Suami Isteri
Klik SINI kenapa isteri berkata "Bang, kenapa pancut cepat sangat nie...tak puas la..."Anda mungkin tahu obesiti membuatkan tubuh badan anda tidak berdaya atau lembab. Secara langsung, badan anda menjadi kurang aktif dan ini menyebabkan penghasilan hormon testosterone yang mustahak untuk fungsi syahwat menurun, kesudahannya ialah perkara yang berlaku kepada anda.
Apabila anda mula melakukan aktiviti fizikal iaitu bersenam secara berkala dan mengawal berat badan, keadaan anda yang tidak bermaya itu akan berubah kepada lebih aktif. Jadi amalkan gaya hidup sihat dan anda akan dapat ganjaran seperti yang dihajati.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Jika anda dapati entri blog ini berguna, kongsi dengan rakan-rakan anda. Klik butang Facebook dan Twitter di bawah. Semoga pahala anda bertambah-tambah untuk usaha yang sedikit ini!Bersenam










