web analytics

PanduanBatin.com

Blog Perkahwinan, Teknik Tahan Lama Di Ranjang, Tips Lambat Pancut, Petua Rangsang Isteri Serta Suami & Kesihatan Seks, Batin Lelaki Dan Wanita

Iklan

Artikel Popular



  • Air Mani

    Air Mani Suami Tak Keluar

    SAYA berkahwin enam bulan lalu. Ketika bersama, suami tidak dapat mengeluarkan air mani walaupun mencapai kepuasan. Dia juga menghidap penyakit kencing manis. Adakah masalah ini berpunca daripada penyakitnya dan bolehkah kami mempunyai zuriat?

    ZIRA
    Selangor

    Fungsi dan tindak balas syahwat lelaki memerlukan tahap kesihatan cemerlang iaitu sistem dan fungsi urat saraf yang baik, sistem peredaran darah atau kardiovaskular mantap dan tubuh badan dan anggota kelamin sihat.

    Ketika lelaki klimaks, cecair daripada pundi seminal dan penghujung salur sperma yang mengandungi sperma dan cecair daripada pundi epididimis masuk ke dalam ruang salur kencing ke dalam pundi prostat dan terpancut keluar dari situ dengan campuran cecair daripada pundi prostat.

    Pada peringkat pancutan, injap pundi kencing tertutup dan sistem kawalan otot lantai pelvis menjadi lega dan pancutan terkeluar ke depan. Apabila sistem ini tergendala, air mani itu terpancut ke dalam pundi kencing, dikenali sebagai ‘retrograde ejaculation’ atau ejakulasi ke belakang.

    Ia berlaku apabila sistem kawalan ejakulasi tergendala akibat kerosakan saraf atau kecederaan bahagian itu.

    Suami anda menghidap penyakit kencing manis yang mungkin tidak kawalan penyakitnya hingga mengganggu sistem saraf yang mengawal ejakulasi.

    Dia perlu mendapatkan rawatan kencing manis dengan sempurna dan rawatan yang boleh melegakan cengkaman otot lantai pelvis ketika ejakulasi supaya pancutan air mani dapat berlaku secara normal.

    Suami anda perlu mengenal pasti sama ada dia benar-benar mengalami masalah ini. Air kencingnya boleh diperiksa selepas melakukan persetubuhan dan klimaks, kemudian mengeluarkan air kencingnya untuk diperiksa sama ada wujud sperma di dalamnya.

    Jika sah sperma ada di dalam air kencing dan doktor mahu mengasingkan sperma daripada air kencing, doktor boleh memberi minum air campuran soda untuk mengurangkan asid dan air kencing.

    Sperma yang dapat ditapis daripada air kencing boleh diproses sebelum disalurkan ke dalam rahim melalui kaedah penyemaian mani IUI.

    Memang benar, penyakit kencing manis boleh menyebabkan masalah ini. Doktor boleh memberi ubat untuk melegakan injap supaya ejakulasi boleh berlaku ke depan.

    Jika gagal, ada pilihan lain untuk menapis sperma daripada air kencing untuk disalurkan ke dalam rahim anda ketika anda subur. Anda dan pasangan harus jumpa pakar secepat mungkin.

    Sumber

    ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
    Jika anda dapati entri blog ini berguna, kongsi dengan rakan-rakan anda. Klik butang Facebook dan Twitter di bawah. Semoga pahala anda bertambah-tambah untuk usaha yang sedikit ini!

    Air Mani

     

    No Comments


  • Air Mani

    Air mazi keluar ketika kencing

    APAKAH sebab air mani keluar ketika ingin membuang air kecil? Ketika itu perasaan dan zakar tidak berada dalam keadaan terangsang.

    Zakar seperti ingin membuang air kecil tetapi air mani yang keluar, adakah masalah ini serius? Saya masih bujang dan sebelum ini sering melakukan onani, namun kini menyesal dan berhenti 100 peratus melakukan perkara itu.

    Adakah ini berlaku disebabkan perkara berkenaan? Selain itu, buah zakar sering sakit dan berasa senak selepas zakar menegang atau selepas terangsang.

    INGIN TAHU
    Perak

    Air mani keluar ketika lelaki dalam klimaks dan mengalami mimpi basah. Air mani mengandungi cecair dari pundi prostat, pundi seminal, pundi Cowpers, pundi epididimis dan sperma. Cecair jernih yang keluar dari salur kencing ketika meneran, selepas selesai buang air kecil atau air besar ialah air mazi.

    Cecair ini terhasil dari pundi Cowpers dan pundi prostat dan ia keluar ketika meneran atau mengemut. Ketika itu otot lantai pelvis mencengkam dan secara tidak langsung ia memerah pundi Cowpers dan sebahagian dari pundi prostat.

    Cecair ini tidak mengandungi sperma. Kadangkala air mani terkeluar ketika lelaki dalam keadaan teruja seksual. Ketika itu banyak darah masuk ke dalam otot zakar dan ereksi berlaku.

    Pada masa sama, pundi dalam salur kencing mula mengeluarkan cecair jernih sebagai persediaan untuk ejakulasi. Namun ejakulasi tidak berlaku dan ereksi mula mengendur.

    Ketika itu berlaku pengeluaran air jernih yang melekit dari salur kencing dan ia ialah air mazi dan tidak mengandungi sperma atau benih lelaki.

    Perasaan sakit atau sengal yang berlaku kepada buah zakar ketika anda mencapai ereksi ialah akibat kepadatan darah dalam buah zakar atau ‘testicular congestion’.

    Apabila ereksi reda, beberapa minit kemudian kepadatan buah zakar akan lega dan buah zakar rasa selesa. Jika kepadatan itu masih kekal, anda boleh menuamnya dengan ais.

    Ais yang sejuk dapat melegakan kepadatan darah dalam buah zakar. Semua perubahan yang saya jelaskan tadi boleh berlaku kepada semua lelaki dan ia fenomena biasa dan bukan penyakit.

    Sumber

    ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
    Jika anda dapati entri blog ini berguna, kongsi dengan rakan-rakan anda. Klik butang Facebook dan Twitter di bawah. Semoga pahala anda bertambah-tambah untuk usaha yang sedikit ini!

    Air Mani

     
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    4 Comments
Sila LIKE Kami Untuk Terus Kami Update Di Wall Facebook Anda :)