PanduanBatin.com

Blog Perkahwinan, Teknik Tahan Lama Di Ranjang, Tips Lambat Pancut, Petua Rangsang Isteri Serta Suami & Kesihatan Seks, Batin Lelaki Dan Wanita

Iklan

Artikel Terbaru

Artikel Popular



  • Mani

    Cairan mani berfungsi sebagai kemuncak dalam hubungan seksual. Setiap ejakulasi, rata-rata lelaki mengeluarkan cairan mani atau semen sekitar satu senduk teh. Banyak sedikitnya cairan mani ini tergantung pada usia (usia muda lebih banyak), bila terakhir ejakulasi, dan jenis rangsangan yang diterima.

    Satu senduk teh cairan mani mengandung sekitar 21 kilojoules (kilo kalori) dan 200-500 juta sperma. Kerana jumlah sperma hanya sekitar 1% dari cairan mani, lalu apa yang 99% sisanya?

    Menurut seksologi Dr Elna McIntosh, selain sperma, cairan mani terdiri dari gula fruktosa, air, ascorbic acid (vitamin C), asam sitrat, enzim, protein, posfat, dan zinc.

    Kerana itu, tidak perlu khuatir bila tidak sengaja menelan cairan mani. Untuk mencegah penularan penyakit seksual, disarankan menggunakan kondom ketika melakukan seks.

    Hingga kini masih diperdebatkan, adakah penularan virus HIV boleh terjadi jika melakukan seks oral. Yang pasti, tidak ada lagi bukit yang menyatakan seks oral mengakibatkan penularan penyakit ini.

    Sumber

    ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
    Jika anda dapati entri blog ini berguna, kongsi dengan rakan-rakan anda. Klik button Facebook dan Twitter di bawah. Semoga pahala anda bertambah-tambah untuk usaha yang sedikit ini!

    Mani

    Download PERCUMA Panduan Lambat Pancut Ketika Seks Dengan Mudah!

    Apa faedah yang anda akan dapat jika download ebook ini secara PERCUMA:

    • Teknik TERSENANG untuk lambat kalah ketika bertarung dengan isteri!
    • Tips ini akan menyebabkan isteri anda minta "SEROUND" lagi!
    • Cara MUDAH untuk tahan lama & sebarang SENAMAN & URUTAN BATIN tidak lagi diperlukan!
    • AWAS! Hanya lelaki sahaja yang boleh download!

    No Comments


  • Air Mani

    Makan banyak sayur

    MINGGU ini saya tertarik untuk mengetengahkan masalah kuantiti air mani. Ini kerana sejak kebelakangan ini banyak e-mel yang saya terima dan juga disiarkan mengemukakan masalah berkaitan air mani.

    Baik suami mahupun isteri, ramai menyatakan kebimbangan, lebih-lebih lagi jika tidak mendapat anak walau sudah lama berkahwin. Dalam puluhan e-mel yang diterima, saya tertarik dengan e-mel yang bertanyakan ubat atau makanan untuk menambah kuantiti air mani.

    Isi padu air mani yang keluar ketika klimaks berubah mengikut tahap rangsangan seksual, kekerapan persetubuhan dan umur.

    Tahap rangsangan membuatkan anggota reproduktif lelaki itu mantap dengan kemasukan darah yang banyak dalam pundi prostat, cowpers dan seminal, kemudian dapat menghasilkan cairan yang banyak.

    Lagi kerap lelaki itu bersetubuh, semakin kurang pengeluaran air mani, walaupun dia sangat terangsang ketika itu. Oleh itu, tidak hairan jika tidak bersetubuh dalam jangka masa lama, perasaan teruja semakin ketara dan penghasilan air mani juga bertambah.

    Menyentuh aspek umur, pengaruh hormon testosteron memainkan peranan penting. Apabila tahap hormon menurun, rangsangan terhadap pundi-pundi tadi kurang, seterusnya jumlah air mani menjadi sedikit. Begitu juga sebaliknya.

    Bagaimanapun, banyak keadaan boleh mempengaruhi jumlah air mani seperti makanan dan suplemen. Lelaki menghasilkan antara dua hingga enam mililiter (ml) air mani setiap kali pancut. Jika pancutan kerap, isi padu air mani boleh berkurangan sebanyak ½ ml atau hanya beberapa titik.

    Air mustahak kerana ia juga boleh mempengaruhi isi padu air mani. Perlu minum air yang cukup sekurang-kurangnya empat liter sehari.

    Selain itu, daging mengandungi pelbagai nutrien sesuai untuk penghasilan sperma. Ikan tuna, ayam dan daging merah mengandungi asid amino seperti L-Arginine dan L-Carnitine yang penting untuk sperma.

    Selain itu, tiram dan makanan laut mengandungi zink yang penting untuk penghasilan air mani serta keaktifan sperma. Kekacang pula bagus dimakan kerana mengandungi banyak zat galian zink dan selenium.

    Bijirin seperti oat dan granola, buah-buahan seperti buahan citrus, bayam, brokoli, bendi dan asparagus juga elok dimakan kerana mengandungi asid folik.

    Namun, jangan memperkecilkan keupayaan buah- buahan tempatan.

    Buah nangka dan betik misalnya mengandungi banyak antioksida yang boleh mempengaruhi kualiti sperma dalam badan. Pendek kata, semua buah-buahan dan sayuran menyumbang kepada isi padu, kesihatan dan kandungan air mani seseorang.

    Selain itu, herba akar Tongkat Ali teruji secara saintifik oleh pakar tempatan bertujuan menambah isi padu air mani. Kesimpulannya, semua makanan dan suplemen yang saya utarakan diatas boleh diamalkan jika ingin menambah isi padu air mani berkualiti, baik untuk lelaki muda mahupun yang berumur.

    Sumber

    ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
    Jika anda dapati entri blog ini berguna, kongsi dengan rakan-rakan anda. Klik butang Facebook dan Twitter di bawah. Semoga pahala anda bertambah-tambah untuk usaha yang sedikit ini!

    Air Mani

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Download PERCUMA Panduan Lambat Pancut Ketika Seks Dengan Mudah!

    Apa faedah yang anda akan dapat jika download ebook ini secara PERCUMA:

    • Teknik TERSENANG untuk lambat kalah ketika bertarung dengan isteri!
    • Tips ini akan menyebabkan isteri anda minta "SEROUND" lagi!
    • Cara MUDAH untuk tahan lama & sebarang SENAMAN & URUTAN BATIN tidak lagi diperlukan!
    • AWAS! Hanya lelaki sahaja yang boleh download!

    No Comments
Sila LIKE Kami Untuk Terus Kami Update Di Wall Facebook Anda :)