web analytics

PanduanBatin.com

Blog Perkahwinan, Teknik Tahan Lama Di Ranjang, Tips Lambat Pancut, Petua Rangsang Isteri Serta Suami & Kesihatan Seks, Batin Lelaki Dan Wanita

Iklan

Artikel Terbaru

Artikel Popular



  • Tenaga Batin

    Makanan adalah antara perkara yang anda perlu jaga untuk kuatkan tenaga batin. Berikut adalah beberapa petua mengambil makanan untuk kuatkan tenaga batin:

    1. Jangan makan makanan pada jumlah yang terlalu banyak. Perut yang terlalu penuh akan lemahkan batin anda secara mendadak. Batin seseorang akan lebih kuat jika perutnya lebih banyak lapar daripada kenyang.

    2. Banyakkan makan makanan yang mengandungi zink. Zink boleh meningkatkan kualiti sel darah merah anda. Sel darah merah yang sihat memastikan sistem reproduksi berjalan dengan baik. Secara tidak langsung, tenaga batin anda juga akan kuat. Contoh makanan yang mengandungi zink adalah sayur asparagus, brokoli dan daun saleri.

    3. Banyakkan makan buah–buahan segar. Antara buah–buahan yang baik untuk menguatkan tenaga batin adalah buah pisang, buah epal dan buah anggur.

    4. Jangan ambil makanan segera seperti ayam KFC, McD dan mi segera secara kerap kerana makanan segera mengandungi banyak karbohidrat tidak elok di mana ia akan melemahkan tenaga batin anda.

    5. Setiap hari anda ambil vitamin C, minum susu dan protein. Ketiga–tiga gabungan ini boleh menguatkan sistem pertahanan badan dan seterusnya meningkatkan tenaga batin anda. Untuk sumber protein, anda boleh ambilnya daripada daging ikan segar, daging ayam atau telur.

    6. Hadkan mengambil daging merah sebagai makanan utama. Daging merah seperti daging lembu akan meningkatkan nafsu tidak elok di mana ia akan menyukarkan diri anda untuk mengawal tenaga batin. Tenaga batin anda akan bertambah kuat jika anda ada kesedaran untuk mengawalnya.

    Tenaga batin adalah tenaga yang berpunca daripada hati yang kuat mengawal nafsu. Jika anda gagal menjaga nafsu makan anda, anda tidak cukup kuat untuk mengawal tenaga batin anda. Akibatnya tenaga batin yang dapat anda gunakan adalah lemah.

    ++++++++++++++++++++++++++++++++++
    Jika anda dapati entri blog ini berguna, kongsi dengan rakan-rakan anda. Klik butang Facebook dan Twitter di bawah.

    Tenaga Batin

     

    No Comments


  • Memuaskan Suami

    Ada perkahwinan berpisah kerana si isteri atau suami tidak puas melakukan hubungan seks dengan pasangan masing–masing. Ada juga pasangan berpisah kerana si isteri tidak tahan dengan nafsu suaminya yang terlalu kuat. Jika anda hadapi masalah tidak mampu memuaskan suami yang terlalu bernafsu kuat, anda jangan berputus asa. Sebaliknya anda cari penyelesaian bagaimana hendak memuaskan suami anda.

    1. Antara cara yang anda boleh lakukan untuk memuaskan nafsu suami anda adalah
    2. Anda tingkatkan prestasi seks anda. Lakukan senaman dan ambil makanan yang boleh meningkatkan tenaga seks anda. Kemudian berikan suami anda layanan yang sangat agresif di ranjang.
    3. Layan suami anda sehingga dia benar–benar letih dan puas. Pada setiap sesi, anda pancutkan air mani suami anda sebanyak beberapa kali. Apabila lelaki sudah pancut air mani beberapa kali dalam hubungan seks, dia tidak akan meminta untuk melakukan hubungan seks buat beberapa hari atau seminggu. Secara tidak langsung, anda dapat berehat.
    4. Layan suami anda setiap kali dia mahukan hubungan seks. Jika anda tidak larat untuk bersetubuh, anda boleh lakukan oral seks untuk memuaskan suami anda. Anda jangan rasa tertekan apabila suami anda selalu meminta hubungan seks daripada anda. Sebaliknya anda cepat–cepat puaskan suami anda. Rasa tertekan akan menyebabkan diri anda sukar hendak memuaskan suami anda.
    5. Amalkan seks cepat atau ‘quick sex’ apabila berpeluang. Seks cepat boleh memberi kepuasan kepada suami anda.
    6. Jika anda penat kerana tidak mampu melayan kemahuan seks suami anda dan dalam masa yang sama menguruskan rumah tangga, anda ambil makanan tambahan untuk beri tenaga tambahan kepada anda.

    Jangan pilih jalan penceraian. Sebaliknya berikan yang terbaik pada suami anda, insyaAllah anda akan rasa lebih bahagia. Tidak berguna anda berkata tidak kepada suami anda kerana dia mungkin akan mencari wanita lain di luar sana. Lebih baik anda berusaha memuaskan suami anda daripada dia berlaku curang.

    ++++++++++++++++++++++++++++++++++
    Jika anda dapati entri blog ini berguna, kongsi dengan rakan-rakan anda. Klik butang Facebook dan Twitter di bawah.

    Memuaskan Suami

     
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    No Comments
Sila LIKE Kami Untuk Terus Kami Update Di Wall Facebook Anda :)