web analytics

PanduanBatin.com

Blog Perkahwinan, Teknik Tahan Lama Di Ranjang, Tips Lambat Pancut, Petua Rangsang Isteri Serta Suami & Kesihatan Seks, Batin Lelaki Dan Wanita

Iklan

Iklan

Artikel Popular



  • Kekuatan Batin

    Kekuatan batin selalu di kaitkan dengan kekuatan melakukan hubungan seks. Ini kerana mereka yang pandai melakukan hubungan seks biasanya memiliki kekuatan batin yang kuat. Untuk kuatkan batin khas untuk hubungan seks, anda perlu asah imaginasi anda.

    Imaginasi bermula dengan rasa yakin. Anda perlu yakin bahawa anda boleh puaskan isteri anda dalam hubungan seks dan anda yakin anda boleh peroleh kenikmatan yang luar biasa daripada hubungan seks. Apabila anda rasa yakin, kekuatan batin anda akan bertambah. Anda akan bertahan lebih lama ketika melakukan hubungan seks dan anda akan rasa lebih puas daripada sebelumnya.

    Untuk tambah rasa yakin dan secara automatiknya menguatkan kekuatan batin anda, anda perlu kuat dari segi fizikal dan mental. Fizikal anda perlu kuat dan mental anda juga perlu kuat. Antara perkara yang anda perlu lakukan untuk kuatkan fizikal dan mental anda adalah:

    1. Anda jangan lakukan aktiviti mastubarsi atau melancap.

    2. Anda jangan membaca atau menonton perkara–perkara lucah.

    3. Sentiasa lakukan senaman dan singkirkan lemak–lemak jahat daripada tubuh badan.

    4. Makan makanan yang seimbang.

    5. Jangan minum minuman yang sejuk terlalu kerap. Minuman sejuk boleh lemahkan mental anda dan secara tidak langsung menganggu kekuatan batin anda.

    6. Lakukan apa yang Allah Taala perintah dan tinggalkan laranganNya. Apabila kita rapat dengan tuhan dengan berbekalkan perasaan ikhlas, kita akan lebih senang yakin dan lebih senang untuk berimaginasi secara positif.

    7. Sentiasa ceria dan jangan biarkan rasa tertekan menguasai diri anda.

    8. Tanamkan rasa cinta kepada isteri dan kepada keluarga.

    9. Tunaikan tanggungjawab anda sebagai suami.

    Kuatkan fizikal dan mental, insyaAllah batin anda juga akan jadi semaki kuat.

    ++++++++++++++++++++++++++++++++++
    Jika anda dapati entri blog ini berguna, kongsi dengan rakan-rakan anda. Klik butang Facebook dan Twitter di bawah.

    Kekuatan Batin

     

    No Comments


  • Urut Batin Wanita

    Baik suami atau isteri, kedua–duanya perlu mengamalkan aktiviti mengurut batin supaya sentiasa segar dan hangat ketika melakukan hubungan seks. Batin yang kuat akan memastikan si suami dan isteri sentiasa bernafsu seperti anak dara dan teruna ketika melakukan hubungan seks di mana hubungan tersebut akan sentiasa memberi kepuasan dan nikmat.

    Di dalam artikel ini saya akan fokuskan pada cara urut batin wanita di mana ia sangat mudah untuk di lakukan. Fokus utama urut batin wanita adalah anda perlu kuatkan bahagian rahim wanita dan dalam masa yang sama membuang angin–angin yang tersimpan di bahagian peranakan . Angin–angin inilah yang menganggu prestasi seks wanita.

    Berikut adalah beberapa cara urut batin wanita di mana si suami boleh mengurut sendiri isteri mereka:

    1. Cara urut batin wanita adalah dengan meminta si isteri untuk baring terlentang. Urutkan dari tapak kaki sehingga ke bahagian peha. Urut dengan lembut saja. Apabila anda terjumpa tempat yang keras iaitu tempat urat bersimpul, anda urutkan dengan kekuatan yang keras sedikit supaya urat–urat kembali lurus. Urut dengan sekali lalu sahaja.
    2. Kemudian anda minta si isteri untuk meniarap. Urut dari bahagian betis sehingga ke bahagian peha. Urut di bahagian betis selama satu minit. Kemudian, anda urut di bahagian peha selama 1 minit juga.
    3. Kemudian, anda urut bahagian pinggang sebelah bawah, ke bahagian pinggul dan pada bahagian bawah vagina. Urut sebanyak 7 kali.
    4. Kemudian, anda minta isteri anda berbaring secara terlentang. Urut bahagian kiri pusat sehingga ke pangkal vagina. Urut dengan kekuatan yang sederhana di bahagian pusat dan lembut di bahagian pangkal vagina. Ulang urutan sebanyak 7 kali.

    Cara urut batin wanita yang saya tulis di atas sesuai untuk anda kembalikan ghairah seksual dan beri kekuatan batin kepada wanita. Urutan di atas elok di lakukan suami sendiri terhadap isterinya supaya lebih mesra.

    ++++++++++++++++++++++++++++++++++
    Jika anda dapati entri blog ini berguna, kongsi dengan rakan-rakan anda. Klik butang Facebook dan Twitter di bawah.

    Urut Batin Wanita

     
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    No Comments
Sila LIKE Kami Untuk Terus Kami Update Di Wall Facebook Anda :)