web analytics

PanduanBatin.com

Blog Perkahwinan, Teknik Tahan Lama Di Ranjang, Tips Lambat Pancut, Petua Rangsang Isteri Serta Suami & Kesihatan Seks, Batin Lelaki Dan Wanita

Iklan

Artikel Terbaru

Artikel Popular



  • Penyakit Kelamin

    Penyakit kelamin adalah penyakit yang menyerang kemaluan anda dan penyakit yang di sebarkan melalui hubungan seks. Contoh penyakit kelamin adalah Aids, herpes, vaginitis dan jangkitan yis.

    Ada beberapa punca terjadinya penyakit kelamin, antaranya:

    Hubungan seks bebas

    Hubungan seks bebas memudahkan bakteria untuk membiak dan tersebar daripada seorang individu kepada seorang individu yang lain. Hubungan seks dengan individu yang kita tidak kenal keadaan kesihatan dirinya membuatkan kita terdedah kepada pelbagai penyakit kelamin.

    Tidak menjaga kebersihan kemaluan

    Selain hubungan seks bebas, satu lagi punca utama kenapa anda terkena serangan penyakit kelamin adalah kerana anda tidak menjaga kebersihan kemaluan anda. Ramai orang tidak membasuh kemaluan mereka dengan baik selepas membuang air kecil atau air besar. Selepas membersihkan dengan air, anda perlu lapkan kemaluan anda sehingga kering. Ini kerana bakteria mudah membiak dalam keadaan yang lembap.

    Lemah pertahanan badan

    Sistem pertahanan badan yang lemah juga adalah punca kepada penyakit kelamin. berpunca daripada bakteria dan kuman. Jika badan anda tidak mempunyai sistem pertahanan yang kuat, bakteria senang untuk jangkiti sel–sel pada kemaluan anda.

    Keadaan alam sekitar

    Keadaan alam sekitar seperti tinggal di kawasan yang kotor dan tidak bersih memudahkan anda untuk terima pelbagai penyakit. Kemaluan adalah tempat yang paling mudah untuk bakteria membiak. Oleh itu jika anda tinggal di kawasan yang kotor, kelamin anda mudah untuk terkena serangan penyakit.

    boleh membawa maut dan memberi pelbagai kesan yang tidak baik kepada diri anda. Oleh itu, jagalah kesihatan kemaluan anda sebaiknya. Sentiasa mengambil berat soal kebersihan dan jangan jaga kemaluan anda secara sambil lewa.

    ++++++++++++++++++++++++++++++++++
    Jika anda dapati entri blog ini berguna, kongsi dengan rakan-rakan anda. Klik butang Facebook dan Twitter di bawah.

    Penyakit Kelamin

     
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    No Comments
Sila LIKE Kami Untuk Terus Kami Update Di Wall Facebook Anda :)