PanduanBatin.com
Blog Perkahwinan, Teknik Tahan Lama Di Ranjang, Tips Lambat Pancut, Petua Rangsang Isteri Serta Suami & Kesihatan Seks, Batin Lelaki Dan Wanita
-
No Comments
Terangsang
Suami Sukar Terangsang
APAKAH jenis ubat perangsang dan ubat yang dapat melancarkan peredaran darah dalam zakar seperti doktor pernah saran sebelum ini. Saya mengalami masalah di mana suami saya sukar terangsang. Adakah ubat itu mampu merangsang nafsunya kembali?
INGIN TAHU
SelangorApabila terangsang secara seksual, lelaki akan mencapai ereksi yang mana secara tidak langsung menggambarkan kehendak dan keinginannya melakukan sesuatu kepada ereksinya dan menghayati keseronokan yang mana kesudahannya ialah ejakulasi atau pancutan air mani.
Justeru, jika lelaki tidak mencapai ereksi ketika melakukan seks, kebanyakan wanita menganggap si suami tidak terangsang.
Pada pandangan lelaki pula, jika dia mahu bersetubuh dengan pasangannya dan ereksi pula tidak menjadi padat, mereka menganggap diri mereka kurang ‘libido’ atau kurang rangsangan. Sebilangan lelaki yang lain pula menganggap perkara itu berlaku kerana pasangan mereka tidak memainkan peranan secukupnya.
Jika perkara itu berlarutan, lelaki akan buat-buat senyap, tidak mahu menyentuh isteri dan tidak mahu mencuba lagi. Jadi kita boleh sama-sama membayangkan bagaimana kegagalan lelaki mendapat ereksi mencukupi memberi pelbagai maksud berbeza kepada lelaki itu dan pasangannya.
Yang jelas, lelaki itu gagal mendapat ereksi padat untuk melakukan persetubuhan dan perkara ini tidak boleh dibiarkan. Kajian turut menunjukkan, lelaki yang tidak mampu mencapai ereksi mencukupi juga mungkin mengalami masalah kesihatan tersembunyi, iaitu tidak tahu dia ada penyakit.
Justeru, perkara yang sepatutnya dilakukan ialah berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan kesihatan. Sebilangan besar lelaki tidak tahu gaya hidup yang mereka amalkan boleh menyebabkan keadaannya menjadi begitu.
Petua Hubungan Seks Suami Isteri
Klik SINI kenapa isteri berkata "Bang, kenapa pancut cepat sangat nie...tak puas la..."Obesiti, kurang senaman berkala, minum minuman keras, merokok dan tekanan turut didapati menjadi punca yang boleh dikaitkan dengan amalan gaya hidup tidak sihat.
Di samping itu, masalah kesihatan yang tersembunyi seperti peningkatan kolesterol dalam darah, perubahan glukosa pada tahap tinggi atau pra diabetis dan diabetis, peningkatan tekanan darah dan masalah sistem genitourinari-pundi kencing dan pundi prostat serta buasir juga menjadi penyebab lemahnya ereksi.
Jika benar-benar sayangkan suami, anda perlu memujuknya berjumpa doktor dan menjalani pemeriksaan kesihatan. Ubat pelancar darah, terapi hormon tambahan dan ubat memantapkan tenaga akan disyorkan selepas lelaki itu menjalani pemeriksaan kesihatan.
Amalan kuno dan pandangan ketinggalan zaman seperti berjumpa tukang urut, makan jamu, berjumpa dukun dan rawatan mengarut tidak boleh diguna pakai.
Jangan cuba membeli ubat kuat atau ubat pelancar darah tanpa pemeriksaan doktor. Jika tersalah makan anda pasti kesal terhadap kesannya.
Seboleh-bolehnya, segera berjumpa doktor. Jika lelaki tidak mengalami masalah, isteri harus memainkan peranan lebih bagi memenuhi kehendak suami supaya dia kembali terangsang.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Jika anda dapati entri blog ini berguna, kongsi dengan rakan-rakan anda. Klik butang Facebook dan Twitter di bawah. Semoga pahala anda bertambah-tambah untuk usaha yang sedikit ini!Terangsang
-
No Comments
Ejakulasi
BOLEH doktor beritahu di mana saya boleh dapatkan ‘desensitizer spray’ atau sebarang krim yang selamat (dilulus Kementerian Kesihatan) bagi tujuan melambatkan ejakulasi.
Yang Musykil,
Petaling Jaya, SelangorMasalah cepat klimaks amat meruncing kepada mana-mana lelaki apabila perkara itu berlaku. Mulanya ia mungkin bukan suatu isu jika ereksi masih kekal walaupun lelaki itu mencapai ejakulasi.
Namun, ia akan menjadi isu jika berkaitan dengan penghujung zakar yang terasa amat nyilu dan sukar untuk lelaki itu meneruskan dayungan. Sebilangan lelaki mendapati jika dia tumpukan mindanya kepada perkara lain selain perasaan hangat yang berlaku kepada anggota kelamin, maka dia dapat bertahan untuk seketika.
Jadi, jika perasaan seronok yang berlaku kepada anggota kelamin itu dapat diubat kepada perasaan tidak seronok atau perasaan kurang seronok, maka dayungan dapat dipanjangkan untuk seketika. Jadi sebilangan lelaki menggunakan minyak pemanas atau pemijar untuk disapukan kepada penghujung anggota kelamin untuk tujuan itu.
Masalahnya, jika minyak atau krim itu memberi alahan kulit, maka sengsaralah keadaannya. Jika tidak dicuci dan terus melakukan hubungan seks, isteri pula akan sengsara! Inilah risiko menggunakan krim atau minyak yang mengandungi gambir Sarawak, biji lada atau kayu putih (pemijar untuk otot).
Terdapat juga minyak cengkih yang biasa digunakan untuk membuatkan gusi kebas digunakan dalam krim atau minyak untuk fungsi yang sama kepada alat kelamin. Ini juga tidak sesuai kerana kesannya sama seperti kesan gambir Sarawak yang juga digunakan sebagai rawatan tradisional untuk sakit gusi.
Petua Hubungan Seks Suami Isteri
Klik SINI kenapa isteri berkata "Bang, kenapa pancut cepat sangat nie...tak puas la..."Krim untuk kebas farmaseutikal seperti Lignocaine atau Novocaine ada dijual dalam bentuk gel dan ubat ini hanya boleh didapati melalui preskripsi doktor.
Dalam pasaran penjualan produk seks dari Barat, terdapat beberapa krim dan gel dan juga krim jenis semburan (spray) dan kebanyakannya mengandungi ubat kebas. Jika bercadang mahu gunakan krim seperti itu kerana penghujung anggota kelamin anda amat sensitif, anda perlu jumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan terlebih dulu.
Kini ada pelbagai pilihan untuk mengatasi masalah cepat klimaks. Alat penambat kelamin seperti cincin penambat yang diperbuat campuran getah dan silikon ada jual di pasaran.
Jika ditambat di pangkal ereksi sebelum bersetubuh, sesuai untuk melegakan perasaan sensitif dan jika ejakulasi berlaku juga, ereksi masih kekal seketika kerana tambatan cincin itu.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Jika anda dapati entri blog ini berguna, kongsi dengan rakan-rakan anda. Klik butang Facebook dan Twitter di bawah. Semoga pahala anda bertambah-tambah untuk usaha yang sedikit ini!Ejakulasi










