web analytics

PanduanBatin.com

Blog Perkahwinan, Teknik Tahan Lama Di Ranjang, Tips Lambat Pancut, Petua Rangsang Isteri Serta Suami & Kesihatan Seks, Batin Lelaki Dan Wanita

Iklan

Iklan

Artikel Popular



  • Zakar

    Zakar selalu terdedah kepada pelbagai serangan kuman dan bakteria. Ini kerana keadaan pada sekeliling zakar yang lembap memudahkan bakteria untuk membiak dan seterusnya menjangkiti zakar dengan pelbagai penyakit. Untuk itu, saya akan beri petua mengenai bagaimana hendak menjaga kesihatan zakar.

    Antara tanda zakar anda sedang alami serangan kuman adalah:

    1- Anda rasa gatal–gatal pada zakar dan kawasan sekelilingnya.

    2- Terdapat ruam atau merah–merah pada kawasan zakar.

    3- Anda rasa sakit seperti di gigitan semut pada kawasan zakar dan sekelilingnya.

    Berikut pula adalah cara hendak menjaga kesihatan zakar.

    1. Anda perlu sentiasa lap kawasan zakar anda sehingga kering selepas anda buang air kecil atau buang air besar. Jika anda tidak lap, kawasan tersebut akan menjadi lembap dan ia memudahkan bakteria dan kuman untuk membiak.

    2. Jangan gunakan produk yang ada bahan kimia untuk bersihkan zakar anda atau hendak hilangkan bau yang masam pada zakar anda. Produk yang ada bahan kimia boleh memberi jangkitan pada zakar anda. Apabila anda hendak beli sabun atau apa sahaja produk, beli produk yang mengandungi bahan kimia paling kurang.

    3. Jangan pakai seluar dalam yang basah kerana keadaan lembap memudahkan bakteria membiak. Selain itu, jangan pakai seluar dalam yang di perbuat daripada kain yang tidak membenarkan udara keluar masuk.

    4. Jangan pakai seluar terlalu ketat pada masa yang agak lama. Perbuatan ini akan menghalang udara daripada keluar masuk pada kawasan zakar. Secara tidak langsung, ia merangsang pembiakan bakteria.

    5. Gantikan seluar atau seluar dalam yang berpeluh.

    6. Jangan tidur dengan memakai seluar dalam kerana ia menghalang zakar anda daripada bergerak bebas.

    7. Bersihkan zakar dan kawasan sekitarnya daripada daki–daki ketika mandi.

    ++++++++++++++++++++++++++++++++++
    Jika anda dapati entri blog ini berguna, kongsi dengan rakan-rakan anda. Klik butang Facebook dan Twitter di bawah.

    Zakar

     
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    No Comments
Sila LIKE Kami Untuk Terus Kami Update Di Wall Facebook Anda :)