PanduanBatin.com
Blog Perkahwinan, Teknik Tahan Lama Di Ranjang, Tips Lambat Pancut, Petua Rangsang Isteri Serta Suami & Kesihatan Seks, Batin Lelaki Dan Wanita
-
No Comments
Zakar
Alat sulit bengkok
SAYA berusia 58 tahun. Akhir-akhir ini zakar saya membengkok ke kanan apabila ereksi. Mungkinkah berlaku kecederaan pada urat saraf menyebabkan ia terjadi sedemikian? Apakah rawatan terbaik bagi meluruskannya semula? Saya juga tidak selesa apabila bersama isteri dan kerap terasa pedih apabila ejakulasi.
KARIM
Pulau PinangBiasanya, bengkok pada zakar ketika usia lanjut ada kaitan dengan ‘troma’ atau kecederaan. Kecederaan mungkin ringan seperti urutan kepada zakar atau zakar terbengkok ketika melakukan tusukan dalam faraj yang ereksi tertindih ketika tidur.
Jarang berlaku kecederaan berat seperti kemalangan atau hentakan kuat kepada zakar yang ereksi dan mengakibatkan bengkak serta zakar kelihatan membengkok.
Masalah ini dikenali sebagai ‘Peyronie’s Disease’. Sukar dipastikan sebab perkara ini berlaku, kecuali individu yang mengalaminya dapat mengaitkannya dengan kecederaan yang saya nyatakan.
Bengkok berlaku apabila sebahagian selaput otot zakar mengeras dan membuatkan ia membengkok ke arah parutan. Jika ada parut dalam otot zakar, lama-kelamaan zakar kelihatan kecil kerana ketika ereksi, bahagian zakar yang mengeras dengan parut itu tidak mengembang.
Petua Hubungan Seks Suami Isteri
Klik SINI kenapa isteri berkata "Bang, kenapa pancut cepat sangat nie...tak puas la..."Sudah tentu zakar yang melengkung atau membengkok membuatkan salur kencing juga bengkok dan tercerut di bahagian yang bengkok. Ketika ejakulasi berlaku, salur kencing di bahagian berkenaan terasa sakit.
Jika masalah ini dapat diperbetulkan, situasi itu akan reda atau pulih. Jika ia dibiarkan, lama-kelamaan ia menjadi ketara dan kesudahannya individu itu tidak dapat melakukan seks.
Saya syorkan anda jumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan dan mendapat rujukan pakar yang tahu mengendalikan masalah ini.
Saya juga syorkan penggunaan alat penarik otot zakar digelar Andro-Extender (www.andromedical.com) selain mendapatkan rawatan untuk melembutkan parut.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Jika anda dapati entri blog ini berguna, kongsi dengan rakan-rakan anda. Klik butang Facebook dan Twitter di bawah. Semoga pahala anda bertambah-tambah untuk usaha yang sedikit ini!Zakar
-
1 Comment
Zakar
Bentuk tidak lurus tidak memudaratkan
SAYA mempunyai saiz zakar normal tetapi ia membengkok ke depan. Kebanyakan zakar lelaki yang saya tahu menegang atau mendongak ke atas, tetapi saya menegang ke depan dan membengkok. Adakah rawatan untuk masalah ini? Mungkinkah saya ada masalah melakukan penetrasi apabila berkahwin?
MAHUKAN PENJELASAN
Johor BahruKeadaan dan bentuk zakar tidak sama untuk semua lelaki. Memandangkan zakar tidak bertulang, ia mudah dibentuk atau diluruskan secara sederhana tanpa menyakitkan.
Zakar yang kedudukannya tidak sehala ketika ereksi, seperti melengkung ke kiri, kanan, atas atau bawah secara sederhana, ia boleh diluruskan sama ada oleh lelaki itu atau pasangannya untuk dimasukkan ke dalam faraj dengan mudah.
Lain pula jika proses meluruskan zakar yang ereksi itu menyakitkan. Mustahak untuk lelaki itu berjumpa doktor untuk membetulkan kedudukan zakar.
Jika pasangan wanita terasa sakit atau tidak selesa disebabkan ereksi berbentuk luar biasa dan sukar disalurkan ke dalamnya, tentu persetubuhan penetratif jadi hambar.
Bentuk dan keadaan zakar ketika tidak ereksi ialah melentuk dan tergantung. Bagi lelaki yang mempunyai zakar ‘mengembang’, ketika tidak ereksi ia kecil dan terbenam.
Petua Hubungan Seks Suami Isteri
Klik SINI kenapa isteri berkata "Bang, kenapa pancut cepat sangat nie...tak puas la..."Dalam keadaan ereksi, zakar mendongak dan bahagian depan melengkung seperti huruf ‘S’. Sebahagian besar lelaki akan mendapati ereksi mereka sedikit ke kiri dan ini kerana sifat aktif otot bulbocavernosus (otot yang menampung pangkal zakar) kiri yang tegang dan membuatkan ereksi menghala sedikit ke kiri.
Posisi, kedudukan dan bentuk zakar berubah apabila ada parutan dalam otot zakar atau selaput tisu pengembang zakar menebal dan situasi ini dikenali sebagai penyakit Peyronie.
Jika zakar berbentuk luar biasa itu yang disebabkan parutan atau tisu pembalut otot menebal diurut, ia akan memudaratkan masalah sedia ada.
Kaedah mengurut atau menarik zakar tanpa kawalan dan pengawasan boleh merosakkan zakar. Tiada ubat, minyak atau krim urutan dapat membetulkannya. Anda perlu rujuk doktor untuk pemeriksaan.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Jika anda dapati entri blog ini berguna, kongsi dengan rakan-rakan anda. Klik butang Facebook dan Twitter di bawah. Semoga pahala anda bertambah-tambah untuk usaha yang sedikit ini!Zakar










