PanduanBatin.com
Blog Perkahwinan, Teknik Tahan Lama Di Ranjang, Tips Lambat Pancut, Petua Rangsang Isteri Serta Suami & Kesihatan Seks, Batin Lelaki Dan Wanita
-
No Comments
Jangkitan Pada Zakar
Zakar adalah anggota badan yang sangat sensitif di mana jika anda tidak menjaga kebersihan zakar dengan baik, jangkitan pada zakar senang untuk berlaku.
Antara petanda jangkitan pada zakar berlaku adalah terdapat kudis, ruam–ruam luka, rasa gatal–gatal di bahagian testis dan zakar, dan anda rasa sakit atau sukar ketika mengeluarkan air kecil. Jika anda terus membiarkan jangkitan pada zakar berlaku, komplikasi penyakit yang lebih teruk mungkin berlaku seperti kanser, mandul dan herpes.
Oleh itu, jika anda rasa zakar anda selalu gatal–gatal sehingga anda garu ia tidak henti-henti, anda perlu segera menemui doktor atau pakar kerana jangkitan pada zakar mungkin berlaku. Jangan beli krim atau ubat–ubatan sebelum anda berjumpa dengan doktor kerana jika tersalah ubat, jangkitan pada zakar anda itu mungkin akan terjadi dengan lebih teruk lagi.
Untuk elakkan anda terkena jangkitan pada zakar, saya senaraikan beberapa punca yang menyebabkan anda senang terkena jangkitan pada zakar:
Petua Hubungan Seks Suami Isteri
Klik SINI kenapa isteri berkata "Bang, kenapa pancut cepat sangat nie...tak puas la..."- Badan anda mempunyai sistem imun yang lemah–Sistem imun yang lemah akan membuatkan anda senang terkena jangkitan kuman terutama di bahagian sensitif seperti zakar.
- Kulit anda ada alahan–Kulit anda alah pada kain seluar dalam di mana ia menyebabkan zakar anda senang gatal–gatal dan seterusnya mengakibatkan jangkitan pada zakar.
- Hubungan seks–Anda melakukan hubungan seks dengan wanita yang ada penyakit kelamin. Jika isteri anda ada penyakit kelamin, pastikan dia sembuh dahulu sebelum anda melakukan hubungan seks.
- Tidak bersih–Jangkitan pada zakar senang berlaku jika keadaan zakar anda tidak bersih. Bersihkan sekitar zakar anda setiap kali anda buang air kecil dan ketika mandi, anda bersihkan kawasan tersebut dengan sabun yang sesuai.
Jangkitan pada zakar senang berlaku jika anda tidak menjaga kebersihan. Jagalah kebersihan diri anda dari berbagai segi supaya anda kekal sihat.
++++++++++++++++++++++++++++++++++
Jika anda dapati entri blog ini berguna, kongsi dengan rakan-rakan anda. Klik butang Facebook dan Twitter di bawah.Jangkitan Pada Zakar
-
No Comments
Zakar
Bagi seorang lelaki, organ seks paling utama adalah zakar atau penis atau dalam dialek tempatan di sebut sebagai kote atau batang pelir. Zakar mempunyai dua tugas yang jelas iaitu digunakan untuk membuang hasil kumuhan kecil dan digunakan ketika melakukan hubungan seks.
Sebagai seorang lelaki yang normal, zakar dan testis akan mula membesar apabila seorang lelaki itu mencapai umur akil baligh. Zakar akan terus membesar sehingga seorang itu berumur di antara 17 hingga 20 tahun. Namun, ia akan terus membesar sedikit demi sedikit apabila keadaan fizikal anda berubah apabila anda semakin dewasa.
Jika berat badan anda bertambah ketika anda dewasa, zakar anda mungkin akan mengecil sedikit dari saiz asalnya manakala bagi lelaki dewasa yang gemuk, zakarnya akan memanjang sepanjang 2 hingga 2.5 cm jika dia kuruskan diri sebanyak 10 hingga 15 kg. Selain itu, zakar juga boleh di panjangkan dengan kaedah urutan, pengambilan nutrisi tambahan dan bantuan alat pembesaran zakar.
Di katakan saiz zakar memainkan peranan yang penting ketika melakukan hubungan seks dengan isteri kerana ia dapat membantu isteri anda untuk rasa puas apabila ia di tusuk ke vagina mereka. Perdebatan mengenai saiz sentiasa menjadi topik hangat di kalangan pakar kajian hubungan seks di seluruh dunia. Namun, jawapan sebenar terdapat pada mereka yang melakukan hubungan seks.
Zakar yang sihat untuk hubungan seks adalah zakar yang mampu mengeras apabila terangsang dan mampu untuk tahan lama sebelum alami orgasm ketika melakukan hubungan seks. Jika anda ada masalah dari segi tahan lama atau dari segi kekerasan zakar, anda perlu segera dapatkan rawatan kerana jika di biarkan dengan lama, ia akan jadi lebih teruk.
Petua Hubungan Seks Suami Isteri
Klik SINI kenapa isteri berkata "Bang, kenapa pancut cepat sangat nie...tak puas la..."Permukaan kulit zakar adalah sangat sensitif dan ia perlu dibelai dengan baik dan perlahan–lahan. Oleh itu, anda tidak di galakkan untuk melancap atau masturbate kerana ia boleh menyebabkan zakar anda cedera. Akibat jangka masa panjang pula, masturbate akan menyebabkan anda cepat pancut ketika melakukan hubungan seks.
Jangan abaikan kesihatan zakar anda dan sentiasa jaga zakar anda dengan baik kerana ia memainkan peranan yang sangat penting ketika melakukan hubungan seks.
++++++++++++++++++++++++++++++++++
Jika anda dapati entri blog ini berguna, kongsi dengan rakan-rakan anda. Klik butang Facebook dan Twitter di bawah.Zakar










