PanduanBatin.com
Blog Perkahwinan, Teknik Tahan Lama Di Ranjang, Tips Lambat Pancut, Petua Rangsang Isteri Serta Suami & Kesihatan Seks, Batin Lelaki Dan Wanita
-
No Comments
Ejakulasi Pramatang
Hubungan seks penting dalam mengekalkan ikatan kebahagiaan antara pasangan mahram tetapi tidak ramai yang sedar masalah seksual yang boleh menjejaskan kemampuan untuk mengadakan hubungan ini.
Seringkali masalah berkaitan dengan lelaki seperti mati pucuk (Erectile Dysfunction (ED)) ataupun Ejakulasi Pramatang (PE) boleh menjejaskan hubungan intim pasangan.
Statistik
Percaya atau tidak satu Kajian Kejadian Ejakulasi Pramatang Asia Pasifik dan Kajian Sikap (AP PEPA) menunjukkan 29 peratus daripada lelaki di Malaysia mungkin mengalami PE, satu keadaan di mana lelaki tidak dapat mengawal atau melewatkan ejakulasi semasa bersanggama.
Kajian ini merentasi lebih sepuluh buah negara di rantau Asia Pasifik membabitkan lebih 5,000 lelaki heteroseksual berusia antara 18 dan 65 tahun yang terbabit atau sekurang-kurangnya terbabit dalam hubungan seksual selama dua tahun.
Kajian yang sama juga menunjukkan 81 peratus daripada lelaki yang terbabit dalam kajian ini di Malaysia bersetuju atau sangat bersetuju bahawa melewatkan tempoh ejakulasi akan menambahbaik hubungan keseluruhan.
Selain daripada itu, 85 peratus daripada responden juga bersetuju atau sangat bersetuju bahawa dengan melewatkan tempoh ejakulasi akan menambahbaik hubungan seksual dan daripada jumlah itu 90 peratus menunjukkan minat dalam melewatkan ejakulasi.
Minta bantuan
Walaupun bilangan lelaki yang berdepan dengan masalah ini boleh dikatakan agak besar, masih ramai yang memilih untuk merahsiakan masalah ini.
Presiden Persatuan Urologi Malaysia Profesor Dr Azad Hassan Abdul Razack berkata masalah dengan kaum lelaki ialah mereka malu untuk meluahkan masalah seksual.
“Tetapi, apa yang mereka lupa ialah masalah yang lebih besar mungkin muncul jika mereka tidak menangani masalah PE mereka,” katanya.
Walaupun PD tidak seserius ED yang kebanyakan orang memberi perhatian, ia tetap menyumbangkan impak negatif dalam hubungan antara pasangan.
Beliau berkata kebanyakan lelaki malu atau tidak mahu membincangkan masalah ini dengan doktor atau pasangan mereka dan tidak percaya mereka mengalami masalah itu.
“Jadi, mereka mungkin rasa ia sekadar psikologi, tidak benar, masalah minda, ataupun ia sebahagian daripada proses penuaan,” katanya dengan menambah kata lelaki sebenarnya tidak tahu di mana untuk mendapatkan pertolongan dalam hal ini.
Atau mereka mungkin takut yang mereka sebenarnya mengalami ED, takdir yang paling ditakuti kaum lelaki.
PE dan ED
Petua Hubungan Seks Suami Isteri
Klik SINI kenapa isteri berkata "Bang, kenapa pancut cepat sangat nie...tak puas la..."Menurut Prof Azad, PE dan ED seringkali disalahanggap yang kedua-duanya saling berkaitan tetapi ini tidaklah benar.
PE sentiasa atau hampir sentiasa berlaku sebelum, atau dalam tempoh lebih kurang satu minit selepas mula bersanggama.
“PE berkaitan dengan keupayaan untuk mengawal ejakulasi setiap kali atau hampir setiap kali bersanggama, dan seorang lelaki dengan PE seringkali akan mengalami tekanan, kekecewaan, dan mungkin mengelakkan hubungan seksual,” katanya.
ED di sebaliknya merupakan ketidakupayaan untuk mencapai atau mengekalkan ereksi zakar dengan secukupnya bagi aktiviti seksual.
Satu lagi perkata, PE sering berlaku kepada lelaki dalam lingkungan usia muda sementara ED lazimnya dialami lelaki yang lebih tua, selepas usia 45 tahun.
RawatanPresiden Kehormat Persatuan Andrologi Malaysia dan Kajian Penuaan Lelaki Datuk Professor Dr Tan Hui Meng berkata sehingga hari ini tiada penyelesaian perubatan khusus ataupun praktikal bagi PE.
“Tetapi terdapat ubat luaran yang boleh mengakibatkan reaksi buruk ataupun ubat-ubatan yang masih belum diuji dan diluluskan bagi masalah ini,” katanya.
Beliau berkata anestetik luaran termasuk krim dan semburan yang boleh didapati dengan mudah sering digunakan tetapi ia mempunyai kesan buruk seperti alat sulit kedua-dua pasangan berasa kebas dan boleh juga menyebabkan ruam pada kulit.
Sebaliknya, ‘antidepressant’ seperti ‘Selective Serotonin Reuptake Inhibitor’ (SSRI) juga digunakan untuk melewatkan ejakulasi walaupun ia sebenarnya bukan untuk masalah ini.
“Lagipun, ia mungkin mengurangkan tenaga batin dan mungkin memburukkan keadaan daripada PE kepada ED,” katanya.
Bagaimanapun, hari ini terdapat ubat preskripsi terulung iaitu ‘Priligy’ untuk merawat ejakulasi pramatang.
Selain daripada ubat-ubatan, kemungkinan kaedah rawatan lain ialah menerusi ‘strategi am’ yang termasuk komunikasi antara pasangan intim atau dengan doktor pakar dan juga pendidikan psikoseksual.
- Bernama
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Jika anda dapati entri blog ini berguna, kongsi dengan rakan-rakan anda. Klik butang Facebook dan Twitter di bawah. Semoga pahala anda bertambah-tambah untuk usaha yang sedikit ini!Ejakulasi Pramatang
-
No Comments
Terangsang
Suami Sukar Terangsang
APAKAH jenis ubat perangsang dan ubat yang dapat melancarkan peredaran darah dalam zakar seperti doktor pernah saran sebelum ini. Saya mengalami masalah di mana suami saya sukar terangsang. Adakah ubat itu mampu merangsang nafsunya kembali?
INGIN TAHU
SelangorApabila terangsang secara seksual, lelaki akan mencapai ereksi yang mana secara tidak langsung menggambarkan kehendak dan keinginannya melakukan sesuatu kepada ereksinya dan menghayati keseronokan yang mana kesudahannya ialah ejakulasi atau pancutan air mani.
Justeru, jika lelaki tidak mencapai ereksi ketika melakukan seks, kebanyakan wanita menganggap si suami tidak terangsang.
Pada pandangan lelaki pula, jika dia mahu bersetubuh dengan pasangannya dan ereksi pula tidak menjadi padat, mereka menganggap diri mereka kurang ‘libido’ atau kurang rangsangan. Sebilangan lelaki yang lain pula menganggap perkara itu berlaku kerana pasangan mereka tidak memainkan peranan secukupnya.
Jika perkara itu berlarutan, lelaki akan buat-buat senyap, tidak mahu menyentuh isteri dan tidak mahu mencuba lagi. Jadi kita boleh sama-sama membayangkan bagaimana kegagalan lelaki mendapat ereksi mencukupi memberi pelbagai maksud berbeza kepada lelaki itu dan pasangannya.
Yang jelas, lelaki itu gagal mendapat ereksi padat untuk melakukan persetubuhan dan perkara ini tidak boleh dibiarkan. Kajian turut menunjukkan, lelaki yang tidak mampu mencapai ereksi mencukupi juga mungkin mengalami masalah kesihatan tersembunyi, iaitu tidak tahu dia ada penyakit.
Justeru, perkara yang sepatutnya dilakukan ialah berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan kesihatan. Sebilangan besar lelaki tidak tahu gaya hidup yang mereka amalkan boleh menyebabkan keadaannya menjadi begitu.
Petua Hubungan Seks Suami Isteri
Klik SINI kenapa isteri berkata "Bang, kenapa pancut cepat sangat nie...tak puas la..."Obesiti, kurang senaman berkala, minum minuman keras, merokok dan tekanan turut didapati menjadi punca yang boleh dikaitkan dengan amalan gaya hidup tidak sihat.
Di samping itu, masalah kesihatan yang tersembunyi seperti peningkatan kolesterol dalam darah, perubahan glukosa pada tahap tinggi atau pra diabetis dan diabetis, peningkatan tekanan darah dan masalah sistem genitourinari-pundi kencing dan pundi prostat serta buasir juga menjadi penyebab lemahnya ereksi.
Jika benar-benar sayangkan suami, anda perlu memujuknya berjumpa doktor dan menjalani pemeriksaan kesihatan. Ubat pelancar darah, terapi hormon tambahan dan ubat memantapkan tenaga akan disyorkan selepas lelaki itu menjalani pemeriksaan kesihatan.
Amalan kuno dan pandangan ketinggalan zaman seperti berjumpa tukang urut, makan jamu, berjumpa dukun dan rawatan mengarut tidak boleh diguna pakai.
Jangan cuba membeli ubat kuat atau ubat pelancar darah tanpa pemeriksaan doktor. Jika tersalah makan anda pasti kesal terhadap kesannya.
Seboleh-bolehnya, segera berjumpa doktor. Jika lelaki tidak mengalami masalah, isteri harus memainkan peranan lebih bagi memenuhi kehendak suami supaya dia kembali terangsang.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Jika anda dapati entri blog ini berguna, kongsi dengan rakan-rakan anda. Klik butang Facebook dan Twitter di bawah. Semoga pahala anda bertambah-tambah untuk usaha yang sedikit ini!Terangsang










