web analytics

PanduanBatin.com

Blog Perkahwinan, Teknik Tahan Lama Di Ranjang, Tips Lambat Pancut, Petua Rangsang Isteri Serta Suami & Kesihatan Seks, Batin Lelaki Dan Wanita

Iklan

Artikel Terbaru

Artikel Popular



  • Anggota Kelamin

    Tidak Berasa Apa-Apa

    SAYA sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Sebelum ini saya seperti tidak dapat menahan nafsu seks dan hampir tiap hari melakukan hubungan dengan isteri tanpa masalah.

    Namun masalah timbul selepas saya bekerja di tempat baru, menyebabkan nafsu saya berkurangan kerana tidak dapat berasa nikmat ketika pancutan berlaku.

    Ketika bersama isteri, saya masih dapat menikmati hanya di bahagian zakar tetapi ketika pancutan saya tidak berasa apa-apa! Saya juga tidak terasa apa-apa bila air kencing sudah penuh. Saya ingin tahu mengapa boleh terjadi begini? Adakah kerana kerja saya yang memerlukan saya menunggang motosikal terlalu lama iaitu antara empat hingga lima jam setiap sehari menyebabkan ia terjadi?

    SUAMI BUNTU
    Klang, Selangor

    Anda sudah pun menjelaskan sebab masalah perasaan kebas dan tiada rasa yang berlaku kepada anggota kelamin anda iaitu terpaksa menunggang motosikal terlalu lama.

    Isu kebas di bahagian kelangkang dan kesudahannya kegagalan untuk mencapai ereksi atau menikmati rangsangan seksual yang membina seperti penghayatan orgasma yang anda alami itu biasa dikaitkan dengan amalan duduk di atas basikal atau motosikal.

    Perkara ini bukan saja dialami lelaki, tetapi wanita juga boleh mengalaminya apabila mereka duduk lama di atas basikal atau motosikal atau duduk bertenggek di atas bahagian antara lubang najis dan anggota kelamin, bahagian yang dikenali sebagai ‘perineum’.

    Apabila bahagian perineum tertekan, perjalanan darah ke anggota kelamin lelaki dan juga perempuan tergendala, sama juga dengan tindak balas urat saraf yang juga terganggu apabila tertekan.

    Dalam keadaan tertekan, anggota kelamin mengalami perasaan kebas, perjalanan darah terganggu dan mengakibatkan anggota kelamin tidak mudah mengembang ketika teruja dan kurang menghayati perasaan orgasma.

    Semua simptom ini dikenali sebagai ‘perineum’. Jadi apabila perjalanan darah dan urat saraf bahagian anggota kelamin tergendala, mereka yang menunggang motosikal atau basikal akan mengalami simptom perineum dan mengalami kegagalan untuk menikmati rangsangan pada anggota kelamin.

    Sumber

    ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
    Jika anda dapati entri blog ini berguna, kongsi dengan rakan-rakan anda. Klik button Facebook, Twitter atau Buzz di bawah. Semoga pahala anda bertambah-tambah untuk usaha yang sedikit ini!

    Anggota Kelamin

     

    No Comments


  • Urut

    Jika anda alami masalah batin iaitu susah hendak tegangkan zakar atau zakar tidak tegang sepenuhnya, anda boleh cuba cara urutan tegangkan zakar di bawah:

    1. Gunakan minyak urutan yang tidak panas dan sesuai untuk memulihkan zakar anda.

    2. Mulakan urutan pada bahagian antara atas pangkal zakar dan perut anda. Urut pada bahagian ini dan luruskan segala urat yang tersimpul. Tanda urat tersimpul adalah anda dapat rasa sakit apabila anda tekan pada urat tersebut. Urut dengan perlahan. Jika boleh, anda selesaikan urat tersimpul itu pada saat itu juga. Maksudnya anda terus urut sehingga urat kembali pada asal.

    3. Kemudian urut pada bahagian tepi zakar anda sehingga ke bawah kepala zakar anda. Urut dengan perlahan tetapi tegas. Maksudnya anda tekan tangan anda tetapi tidak terlalu menyakitkan anda. Lakukannya berkali–kali sehingga anda rasa zakar anda mula menegang sedikit.

    4. Kemudian anda urut pada atas zakar sehingga ke bawah kepala. Urut sebanyak 7 hingga 10 kali.

    5. Seterusnya anda urut bahagian bawah batang zakar anda sehingga ke bawah kepala zakar. Urut sebanyak 7 hingga 10 kali.

    6. Urut bahagian dalam peha sehingga habis ke lutut. Urut sehingga anda selesaikan semua urat-urat yang tersimpul.

    7. Selepas selesai upacara mengurut, anda berehat. Lakukan urutan ini pada setiap hari sehingga zakar anda pulih.

    Tips tambahan:

    1. Bersihkan perut anda daripada kotoran dengan mengambil produk pembersihan perut.

    2. Selesaikan masalah angin badan. Masalah angin badan adalah antara punca zakar anda susah hendak tegang.

    3. Ambil vitamin dan mineral yang mencukupi untuk menyihatkan zakar anda.

    Tidak guna anda urut zakar anda jika anda tidak ingin ubah gaya hidup anda. Ubah gaya hidup anda kepada gaya hidup yang lebih sihat, anda pasti akan berjaya dapatkan ketegangan zakar yang anda impikan.

    ++++++++++++++++++++++++++++++++++
    Jika anda dapati entri blog ini berguna, kongsi dengan rakan-rakan anda. Klik butang Facebook dan Twitter di bawah.

    Urut

     
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    No Comments
Sila LIKE Kami Untuk Terus Kami Update Di Wall Facebook Anda :)