web analytics
PanduanBatin.com Blog Perkahwinan, Teknik Tahan Lama Di Ranjang, Tips Lambat Pancut, Petua Rangsang Isteri Serta Suami & Kesihatan Seks, Batin Lelaki Dan Wanita

Iklan

Iklan

Artikel Popular

  • Berhenti Melancap@Onani



    Onani

    Melancap atau onani adalah perbuatan yang bertujuan untuk merangsang anggota sulit si pelaku sehingga datang inzal atau nikmat. Ia adalah perbuatan tidak bermoral dan hanya memberi kesan yang buruk pada si pelaku. Ebook ini secara logikal dan ilmiah akan membincangkan teknik–teknik untuk mencegah anda dari berterusan ketagih pada perbuatan onani ini.

    Antara kesan–kesan buruk yang boleh anda dapat dari ketagih melancap atau onani adalah:

    •    Cepat marah.
    •    Tidak ada keyakinan diri.
    •    Tidak tegas dan kurang fokus apabila melakukan sesuatu.
    •    Di sebabkan setiap kali anda sering mengaku kalah pada tuntutan nafsu, dalam dunia sebenar, anda akan jadi seorang yang mudah mengaku kalah.
    •    Sentiasa sakit–sakit badan.
    •    Hidup dalam angan–angan.
    •    Jauh dari Allah kerana sentiasa mendengar hasutan syaitan.
    •    Tiada ada kemajuan dalam hidup kerana khayal dalam dunia sendiri.
    •    Sentiasa menyendiri dari orang ramai.
    •    Lemah dari segi mental dan fizikal.
    •    Dan lain–lain lagi.

    Kesan ketagih akibat onani ini sungguh teruk dan ia menjadikan anda seorang sampah masyarakat walaupun anda tidak mengambil dadah. Ini kerana ia menjadikan anda seorang manusia yang tidak berproduktif sama seperti penagih dadah.

    Punca ketagihan Melancap.

    Puncanya hanya satu iaitu tidak mampu melawan gelora seks di dalam jiwa atau tidak mampu mengawal nafsu seks. Semua manusia pasti ada keinginan untuk melakukan hubungan seks. Namun, ia perlulah di lakukan dalam keadaan yang normal.

    Jika anda ketagih melancap, anda sebenarnya bukan tidak mampu mengawal nafsu, tetapi anda memilih untuk mengikut nafsu. Anda mengutamakan nafsu anda sendiri dari perkara penting yang lain.

    Anda perlu kawal dan lakukan hubungan seks secara normal iaitu melakukannya dengan pasangan yang anda kahwini.

    Sebab itu di dalam Islam, jika anda mempunyai keinginan seks dan anda rasa anda tidak mampu mengawalnya, anda perlu berkahwin. Jika tidak mampu berkahwin, anda perlu berpuasa untuk mengekang diri dari terpengaruh pada nafsu seks.

    Jika anda melancap atau onani, ia membawa kepada keburukan. Jika anda melakukan seks ketika berkahwin, anda akan bahagia.

    Download ebook 7  Tips Berhenti Melancap @ Onani di SINI. Untuk firefox (klik kanan>’Save Link As’), Internet Explorer (klik kanan>’Save Target As’) & Chrome (klik kanan>’Save Link As’).

     

    Onani

     

    Download FREE Ebook Lambat Pancut!

    Masukkan nama & email utama anda ke dalam borang di bawah:

    Email anda SELAMAT & TIDAK akan digunakan selain dari muat turun ini.

    Anas Asarani

    Seks, suatu bidang yang perlu dipelajari dengan betul agar rumahtangga yang bakal/telah dibina bahagia sentiasa. Penulis percaya dan yakin seks yang halal antara suami dan isteri adalah sangat indah jika dibatasi dengan aturan yang telah ditetapkan oleh-Nya.
    Sila LIKE Kami Untuk Terus Kami Update Di Wall Facebook Anda :)


    No Comments