web analytics
PanduanBatin.com Blog Perkahwinan, Teknik Tahan Lama Di Ranjang, Tips Lambat Pancut, Petua Rangsang Isteri Serta Suami & Kesihatan Seks, Batin Lelaki Dan Wanita

Iklan

Iklan

Artikel Popular

  • Petua Banyakkan Air Faraj Anda



    Banyakkan Air Faraj

    Ramai wanita tidak suka melakukan hubungan seks kerana mereka rasa sakit ketika melakukan hubungan seks. Mereka rasa sakit kerana vagina mereka tidak cukup basah atau cecair yang keluar adalah sedikit sehingga mereka rasa sakit apabila di setubuhi oleh suami mereka. Namun, anda tidak perlu risau jika anda ada masalah ini kerana saya akan senaraikan petua banyakkan air faraj untuk anda amalkan.

    Berikut adalah senarai petua banyakkan air faraj:

    • Minum air kosong dengan banyak dan elakkan dari minum minuman yang ada kafein kerana ia menyerap cecair di dalam badan. Pastikan diri anda minum air yang cukup banyak pada setiap hari.
    • Ambil makanan tambahan vitamin E. Vitamin E membantu menebalkan dinding tisu vagina anda. Secara tidak langsung, air boleh di simpan dengan banyak di bahagian itu.
    • Jangan guna sabun yang nilai PH nya tidak seimbang kerana ia boleh menyebabkan tisu vagina anda kering daripada air.
    • Makan makanan yang boleh membantu anda meningkatkan hormon estrogen kerana ia boleh merangsang pertumbuhan organ seks wanita.
    • Jika anda sedang berada dalam keadaan tertekan, selesaikan masalah tekanan yang anda sedang hadapi. Mereka yang takut pada hubungan seks selalunya tidak akan keluarkan air faraj yang banyak.
    • Petua banyakkan air faraj yang seterusnya adalah anda ambil minuman atau makanan yang mengandungi soya. Khasiat soya boleh membantu merangsang faraj anda untuk keluarkan lebih air.
    • Jangan ambil ubat tahan sakit, ubat yang ada dadah, minum air alkohol dan merokok.

    Di atas adalah senarai petua banyakkan air faraj. Masalah air faraj tidak banyak sebenarnya, tidak serius dan boleh di selesaikan dengan mudah. Namun, jika anda ada masalah risau atau tertekan ketika melakukan hubungan seks, anda perlu berjumpa dengan kaunselor untuk mengatasi tekanan yang anda hadapi kerana air faraj anda tidak keluar kerana anda tertekan. Di harap petua di atas dapat membantu anda banyakkan air faraj.

    ++++++++++++++++++++++++++++++++++
    Jika anda dapati entri blog ini berguna, kongsi dengan rakan-rakan anda. Klik butang Facebook dan Twitter di bawah.

    Banyakkan Air Faraj

     
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Download FREE Ebook Lambat Pancut!

    Masukkan nama & email utama anda ke dalam borang di bawah:

    Email anda SELAMAT & TIDAK akan digunakan selain dari muat turun ini.

    Anas Asarani

    Seks, suatu bidang yang perlu dipelajari dengan betul agar rumahtangga yang bakal/telah dibina bahagia sentiasa. Penulis percaya dan yakin seks yang halal antara suami dan isteri adalah sangat indah jika dibatasi dengan aturan yang telah ditetapkan oleh-Nya.
    Sila LIKE Kami Untuk Terus Kami Update Di Wall Facebook Anda :)

    No Comments

Leave a Reply

*
Protected by WP Anti Spam