web analytics
PanduanBatin.com Blog Perkahwinan, Teknik Tahan Lama Di Ranjang, Tips Lambat Pancut, Petua Rangsang Isteri Serta Suami & Kesihatan Seks, Batin Lelaki Dan Wanita

Iklan

Iklan

Artikel Popular

  • 10 Tips Menikmati Hubungan Seks Yang Hebat



    Menikmati Hubungan Seks

    Jika anda selalu mengalami hubungan seks yang suram atau inginkan sesuatu yang baru dalam dunia seks anda, anda boleh cuba tips di bawah untuk mengubahnya:

    Tips menikmati hubungan seks #1: Elak marah.

    Sentiasa berbuat baik pada pasangan anda akan beri ruang untuk anda berdua lebih menikmati hubungan seks. Marah akan menghasilkan perasaan benci di mana ia akan merosakkan hubungan seks anda berdua.

    Tips menikmati hubungan seks #2: Goda pasangan.

    Sentiasa saling menggoda menggunakan SMS. Tidak salah anda sebagai suami isteri untuk saling menggoda supaya anda berdua lebih terangsang antara satu sama lain. Apabila bertemu, lunaskan semua perasaan yang terpendam dengan pasangan anda.

    Tips menikmati hubungan seks #3: Elak gangguan luar.

    Tutup semua gangguan luar seperti TV, radio dan sebagainya kerana gangguan seperti ini akan menganggu anda dari semasa ke semasa . Tanpa gangguan, anda akan lebih fokus apabila bersama dengan pasangan anda.

    Tips menikmati hubungan seks #4: Dengar muzik.

    Pasang muzik yang romantik untuk menyemarakkan lagi hubungan cinta anda berdua. Muzik yang romantik boleh merangsang anda berdua untuk lebih menghayati hubungan seks.

    Tips menikmati hubungan seks #5: Cuba perkara baru.

    Jangan terlalu serius ketika melakukan hubungan seks. Seks adalah satu aktiviti yang menyeronokkan. Jangan takut untuk mencuba perkara baru. Tambahan lagi jika perkara tersebut boleh memuaskan anda berdua.

    Tips menikmati hubungan seks #6: Rangsang pasangan.

    Sentiasa rangsang pasangan anda sehingga mereka bersedia untuk lakukan hubungan seks. Jika zakar suami tidak cukup tegang, jangan mulakan persetubuhan. Begitu juga jika isteri tidak cukup terangsang, jangan mulakan persetubuhan.

    Tips menikmati hubungan seks #7: Posisi seks.

    Sentiasa cuba posisi seks yang baru dari semasa ke semasa. Pertukaran posisi seks yang baru akan memberi sensasi yang berlainan.

    Tips menikmati hubungan seks #8: Keluarkan suara.

    Keluarkan suara seperti arahan, kata–kata rangsangan, mengerang dan kata–kata lucah boleh menjadikan hubungan seks anda berdua lebih nikmat.

    Tips menikmati hubungan seks #9: Puaskan pasangan terlebih dahulu.

    Jangan hanya ingin sedapkan nafsu anda sahaja. Sebaliknya anda fokus untuk puaskan pasangan anda dahulu, kemudian barulah diri anda.

    Tips menikmati hubungan seks #10: Ucap terima kasih.

    Sentiasa ucapkan perkataan terima kasih setiap kali anda habis lakukan hubungan seks. Perkataan terima kasih boleh memberi semangat pada pasangan anda untuk adakan lagi hubungan seks dengan anda.

    Banyak lagi tips-tips yang boleh anda pelajari. Cukuplah 10 tips ini. Jika anda sudah mahir, kehidupan seks anda akan bertambah baik dari hari ke hari.

    ++++++++++++++++++++++++++++++++++
    Jika anda dapati entri blog ini berguna, kongsi dengan rakan-rakan anda. Klik butang Facebook dan Twitter di bawah.

    Menikmati Hubungan Seks

     
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Download FREE Ebook Lambat Pancut!

    Masukkan nama & email utama anda ke dalam borang di bawah:

    Email anda SELAMAT & TIDAK akan digunakan selain dari muat turun ini.

    Anas Asarani

    Seks, suatu bidang yang perlu dipelajari dengan betul agar rumahtangga yang bakal/telah dibina bahagia sentiasa. Penulis percaya dan yakin seks yang halal antara suami dan isteri adalah sangat indah jika dibatasi dengan aturan yang telah ditetapkan oleh-Nya.
    Sila LIKE Kami Untuk Terus Kami Update Di Wall Facebook Anda :)

    No Comments

Leave a Reply

*
Protected by WP Anti Spam