web analytics
PanduanBatin.com Blog Perkahwinan, Teknik Tahan Lama Di Ranjang, Tips Lambat Pancut, Petua Rangsang Isteri Serta Suami & Kesihatan Seks, Batin Lelaki Dan Wanita

Iklan

Iklan

Artikel Popular

  • 3 Cara Menggoda Suami Secara Seksual



    Menggoda Suami

    Jika anda mahu tingkatkan rasa sayang suami terhadap diri anda, anda perlu pandai menggoda suami. Isteri penggoda yang baik adalah sentiasa berjaya menarik perhatian suami secara seksual sehinggakan suami tidak memandang orang lain melainkan isterinya sahaja.

    Berikut adalah tiga cara untuk menggoda suami:

    Cara menggoda suami pertama: Sentiasa berikan sebab untuk suami terpikat secara seksual dengan anda.

    Jika ada masa terluang atau kesempatan, anda peluk dan cium suami anda. Layani dia dengan penuh kasih sayang. Walau setinggi mana ego suami anda, apabila anda layan dia dengan baik, dia pasti cair dengan anda. Tambahan lagi, anda sentiasa berikan dia kasih sayang seperti ciuman, sentuhan dan pelukan. Apabila anda selalu melayan suami anda dengan kasih sayang, dia akan sentiasa ingat pada anda dan sentiasa ingin meniduri anda.

    Cara menggoda suami kedua: Jadi apa yang suami anda inginkan.

    Suami anda pasti ada sebab kenapa dia suka dan tergoda pada diri anda. Anda siasat sendiri atau anda tanyalah dia secara terus. Melalui maklumat yang anda peroleh ini, anda tajamkan lagi aset yang anda ada atau anda kembangkan fantasi suami anda. Ada suami yang tergoda apabila melihat bulu di tangan isterinya. Jadi, isteri tersebut perlulah sentiasa memakai pakaian lengan pendek di rumah supaya suami anda sentiasa tergoda pada dirinya.

    Cara menggoda suami ketiga: Rajinkan diri.

    Suami selalu tidak tergoda pada isteri yang malas. Apabila dia lihat isterinya rajin, dia akan lebih terpikat kerana dia rasa bertanggungjawab untuk melindungi asetnya yang paling bernilai dalam hidupnya. Suami akan lebih terangsang pada seorang isteri yang rajin berbanding jika sikap isterinya pemalas.

    Cara menggoda suami di atas adalah penting untuk para isteri pelajari. Kerap kali kita mendengar yang isteri menyalahkan suami kerana mempunyai hubungan dengan wanita lain walhal si isteri yang tidak pandai melayan suami di rumah atau di atas ranjang. Kepada para isteri, berusahalah!

    ++++++++++++++++++++++++++++++++++
    Jika anda dapati entri blog ini berguna, kongsi dengan rakan-rakan anda. Klik butang Facebook dan Twitter di bawah.

    Menggoda Suami

     
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Download FREE Ebook Lambat Pancut!

    Masukkan nama & email utama anda ke dalam borang di bawah:

    Email anda SELAMAT & TIDAK akan digunakan selain dari muat turun ini.

    Anas Asarani

    Seks, suatu bidang yang perlu dipelajari dengan betul agar rumahtangga yang bakal/telah dibina bahagia sentiasa. Penulis percaya dan yakin seks yang halal antara suami dan isteri adalah sangat indah jika dibatasi dengan aturan yang telah ditetapkan oleh-Nya.
    Sila LIKE Kami Untuk Terus Kami Update Di Wall Facebook Anda :)

    No Comments

Leave a Reply

*
Protected by WP Anti Spam