web analytics
PanduanBatin.com Blog Perkahwinan, Teknik Tahan Lama Di Ranjang, Tips Lambat Pancut, Petua Rangsang Isteri Serta Suami & Kesihatan Seks, Batin Lelaki Dan Wanita

Iklan

Artikel Terbaru

Artikel Popular

  • 7 Sebab Ejakulasi Pramatang



    Ejakulasi Pramatang

    Ejakulasi pramatang antara gejala yang paling di takuti oleh lelaki. Sebagai panduan untuk anda, berikut adalah tujuh sebab kenapa ejakulasi pramatang terjadi:

    Keyakinan yang rendah–Keyakinan rendah suami untuk puaskan isterinya akan jadi penyebab dia alami ejakulasi pramatang. Ini kerana dia akan ragu-ragu dalam tindakan dia untuk merangsang isterinya. Ragu–ragu hanya akan merosakkan hubungan seks.

    Zakar yang terlalu sensitif–kepala zakar yang terlalu sensitif terhadap rangsangan juga akan jadi penyebab kepada ejakulasi pramatang.

    Tidak pandai bersetubuh–lelaki yang tiada ilmu yang cukup untuk melakukan persetubuhan pasti akan alami ejakulasi pramatang. Ini kerana, mereka  hanya ikut nafsu mereka sahaja tanpa memikirkan pasangan.

    Kurangnya ilmu mengenai organ seksual wanita–Bagi lelaki yang terlalu fokus pada dua organ seksual utama wanita iaitu payudara dan vagina, mereka akan tewas awal kerana  mereka rasakan sudah cukup untuk rangsang isteri mereka melalui rangsangan pada dua organ ini. Padahal organ seksual wanita adalah seluruh badan termasuklah pemikiran. Anda perlu rangsang semuanya untuk beri kepuasan pada isteri supaya dia datang inzal.

    Tertekan–perasaan tertekan menyebabkan anda ingin cepat tamatkan hubungan seks. Hasilnya, anda  akan datang inzal lebih cepat dari isteri.

    Tidak cukup terangsang–Mereka yang terangsang secara fizikal dan emosi akan sabar untuk menikmati hubungan seks.

    Marah–Perasaan marah pada pasangan akan menyebabkan anda terleka dari mengatur rangsangan yang sepatutnya.

    Jika anda dapat elak dari tujuh penyebab di atas, anda pasti tidak akan alami ejakulasi pramatang.

    ++++++++++++++++++++++++++++++++++
    Jika anda dapati entri blog ini berguna, kongsi dengan rakan-rakan anda. Klik butang Facebook dan Twitter di bawah.

    Ejakulasi Pramatang

     
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Download FREE Ebook Lambat Pancut!

    Masukkan nama & email utama anda ke dalam borang di bawah:

    Email anda SELAMAT & TIDAK akan digunakan selain dari muat turun ini.

    Anas Asarani

    Seks, suatu bidang yang perlu dipelajari dengan betul agar rumahtangga yang bakal/telah dibina bahagia sentiasa. Penulis percaya dan yakin seks yang halal antara suami dan isteri adalah sangat indah jika dibatasi dengan aturan yang telah ditetapkan oleh-Nya.
    Sila LIKE Kami Untuk Terus Kami Update Di Wall Facebook Anda :)

    No Comments

Leave a Reply

*
Protected by WP Anti Spam