PanduanBatin.com Blog Perkahwinan, Teknik Tahan Lama Di Ranjang, Tips Lambat Pancut, Petua Rangsang Isteri Serta Suami & Kesihatan Seks, Batin Lelaki Dan Wanita

Iklan

Artikel Terbaru

Artikel Popular

  • Masalah Pancutan Air Mani



    Air Mani

    Perlu segera jalani rawatan

    BIASANYA, apabila seseorang lelaki klimaks ketika kemuncak hubungan seksual, air maninya terpancut keluar. Ketika dalam keadaan itu, air mani bertakung di dalam salur kencing di bahagian pundi prostat dan kemudian terkeluar bersama cecair dalam penghujung salur sperma dan salur pundi seminal.

    Ini berlaku kerana cengkaman otot sistem pancutan. Apabila sistem pancutan itu tidak aktif, ejakulasi berlaku secara meleleh.

    Begitupun, sesetengah lelaki mengalami keadaan di mana air maninya tidak keluar memancut, sebaliknya terpancut ke dalam pundi kencing ketika klimaks.

    Dalam keadaan ini, tiada air mani keluar menerusi penghujung zakar.

    Bagaimanapun, lelaki itu akan terasa ejakulasi berlaku dan ketika mahu membuang air kecil, air kencing kelihatan seakan-akan keruh.

    Semua yang saya jelaskan ini adalah masalah ejakulasi yang boleh berlaku bila-bila masa dan perlu diambil berat.

    Lelaki yang mengalami masalah tiada ejakulasi walaupun mencapai klimaks akan gagal memancutkan air mani ke dalam faraj isteri dan ini boleh membuatkan isteri sukar hamil.

    Lelaki yang mengalami masalah ini harus segera berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan. Masalah ini boleh berlaku apabila urat saraf yang mengawal ejakulasi tergendala.

    Sebilangan besar kes yang saya pernah kendalikan disebabkan penyakit kencing manis yang tidak terkawal. Jika anda menghidap kencing manis dan tidak mengikut rawatan doktor dengan jitu, ia mengakibatkan urat saraf menjadi radang.

    Kesudahannya, lelaki yang mengalami masalah ini mengalami mati pucuk atau masalah klimaks tiada ejakulasi atau kedua-duanya sekali.

    Justeru, apabila ada tanda tiada ejakulasi berlaku ketika hubungan seks, jangan biarkan perkara itu berpanjangan dan berlengah-lengah mendapatkan rawatan.

    Pesanan saya, segera berjumpa pakar sesuai dan insya-Allah, masalah ini boleh diubati dan anda akan menjadi lelaki normal kembali.

    Sumber

    ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
    Jika anda dapati entri blog ini berguna, kongsi dengan rakan-rakan anda. Klik butang Facebook dan Twitter di bawah. Semoga pahala anda bertambah-tambah untuk usaha yang sedikit ini!

    Air Mani

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Download PERCUMA Panduan Lambat Pancut Ketika Seks Dengan Mudah!

    Apa faedah yang anda akan dapat jika download ebook ini secara PERCUMA:

    • Teknik TERSENANG untuk lambat kalah ketika bertarung dengan isteri!
    • Tips ini akan menyebabkan isteri anda minta "SEROUND" lagi!
    • Cara MUDAH untuk tahan lama & sebarang SENAMAN & URUTAN BATIN tidak lagi diperlukan!
    • AWAS! Hanya lelaki sahaja yang boleh download!

    Sila LIKE Kami Untuk Terus Kami Update Di Wall Facebook Anda :)

    No Comments

Facebook comments:

Leave a Reply

*
Protected by WP Anti Spam