web analytics
PanduanBatin.com Blog Perkahwinan, Teknik Tahan Lama Di Ranjang, Tips Lambat Pancut, Petua Rangsang Isteri Serta Suami & Kesihatan Seks, Batin Lelaki Dan Wanita

Iklan

Iklan

Artikel Popular

  • Onani Punca Zakar Lemah



    Onani

    Onani punca lemah.

    MASALAH kurang ereksi, tidak tahan lama dan mudah klimaks adalah masalah biasa bagi lelaki. Kebanyakan lelaki yang mengalami masalah ini mempunyai sejarah onani dan kerap melakukannya.

    Dalam sains, ereksi biasanya berlaku secara spontan apabila seseorang itu dalam keadaan teruja. Ini kerana kemasukan darah dalam liang otot zakar menjadi lancar dan ereksi menjadi kekal, lebih-lebih lagi jika otot lantai pelvis atau otot kemut dicengkam.

    Bagaimanapun, apabila perasaan teruja itu lega, otot kemut juga menjadi lega, menyebabkan ereksi menjadi kurang tegap dan kurang berdaya. Ini biasanya terjadi kepada semua lelaki.

    Selain itu, ereksi tidak cukup padat dan mudah hilang kekuatan dalam jangkamasa pendek pula sering terjadi kepada lelaki berumur.

    Kajian mengenai pengalaman lelaki yang kerap onani turut mendapati ereksi mereka makin lama makin lemah dan tidak berdaya walaupun pada mulanya ia padat.

    Ini disebabkan kemungkinan berlaku perubahan dalam otot zakar yang biasanya dapat mengekalkan darah di dalamnya tetapi kini tidak dapat berdaya tahan.

    Jika geselan dilakukan secara cepat atau laju, ereksi dapat dipadatkan. Namun geselan cepat pula membuatkan zakar hilang daya kawalan dan mudah klimaks lebih awal.

    Kajian turut mendapati lelaki lebih mudah klimaks dan tewas ketika bersama pasangan. Malah, masalah ini seakan-akan menjadi masalah biasa kepada lelaki.

    Hakikatnya, semua masalah itu boleh dikatakan berpunca daripada amalan onani yang dilakukan secara kerap atau kronik.

    Mungkin jika amalan itu dikurangkan dan lelaki melebihkan aktiviti yang membina kekuatan batin seperti melakukan senaman kemut atau Kegel (mencengkam otot kemut dan tahan cengkaman itu untuk beberapa saat) dan melakukannya seberapa banyak dalam seminit), sedikit sebanyak ia dapat membantu.

    Cuba lakukan senaman berkenaan secara kerap iaitu tiga hingga lima kali sehari. Kemungkinan dengan cara ini, tahap kepadatan otot kemut anda dapat mempertahankan daya ereksi.

    Di samping itu, saya sarankan lelaki mengamalkan gaya hidup sihat dan lakukan senaman berkala, elak merokok dan jauhi berat badan berlebihan.

    Mudah-mudahan kesihatan anda terkawal dan kekuatan fizikal menjadi sempurna, sekali gus menguatkan kekuatan batin. Yang perlu dipercayai, badan sihat akan menjamin kesihatan seksual yang berkekalan.

    Sumber

    ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
    Jika anda dapati entri blog ini berguna, kongsi dengan rakan-rakan anda. Klik butang Facebook dan Twitter di bawah. Semoga pahala anda bertambah-tambah untuk usaha yang sedikit ini!

    Onani

     
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Download FREE Ebook Lambat Pancut!

    Masukkan nama & email utama anda ke dalam borang di bawah:

    Email anda SELAMAT & TIDAK akan digunakan selain dari muat turun ini.

    Anas Asarani

    Seks, suatu bidang yang perlu dipelajari dengan betul agar rumahtangga yang bakal/telah dibina bahagia sentiasa. Penulis percaya dan yakin seks yang halal antara suami dan isteri adalah sangat indah jika dibatasi dengan aturan yang telah ditetapkan oleh-Nya.
    Sila LIKE Kami Untuk Terus Kami Update Di Wall Facebook Anda :)

    3 Comments

3 Responses to “Onani Punca Zakar Lemah”

  1. joko rio said on

    Umur saya 51 thn. Saya selalu melancap semasa muda dulu, masa umur 17-20 saya melancap sekurang2 nya 2x seminggu, ada masa tu setiap hari apabila stim. Kalo tgk konek sendiri saja saya stim, terus melancap. Saya terus melancap setiap minggu sekali apabila dah kerja, kerana sibuk. Skrg saya dah ada 4 org anak, dan kekadang juga melancap tapi mungkin sebulan sekalai bila is3 haidh. Batang saya takda masaalah pasal ereksi, sentiasa saja blh stim, kalo tgk awek seksi jer mesti stim

    [Reply]

  2. indrawanmooz said on

    apa rahsia abang??

    [Reply]

  3. Boleh tau berapa lama batang abg tu boleh bertahan setiap kali buat sex?

    [Reply]

Leave a Reply

*
Protected by WP Anti Spam