-
Benjolan Di Celah Kangkang
No CommentsBenjolan
MUNGKIN ada di antara anda pernah atau sedang mengalami benjolan, ketulan atau ketumbuhan di celah kangkang atau di buah zakar.
Berdasarkan e-mel yang saya terima, saiz ketulan berbeza-beza. Ada kes ketulan berkenaan mempunyai saiz seperti mata ikan, malah ada juga yang sebesar saiz bola golf.
Namun, sebahagian besar lelaki biasanya bersikap endah tak endah mengenai sebarang perubahan kecil pada anggota badan terutamanya apabila berkaitan bahagian alat sulit.
Apabila ia mula membesar sehingga menimbulkan ketidakselesaan kepada mereka, barulah mula terasa bimbang.
Nasihat saya segera berjumpa dengan doktor untuk mengenal pasti masalah berkenaan.
Ini kerana dikhuatiri ketulan atau benjolan itu adalah perubahan pra kanser atau tanda awal penyakit berbahaya.
Sebaiknya cepat-cepat merujuk kepada doktor pakar kerana ada kalanya penyakit itu boleh mengancam nyawa sekiranya ia berada pada tahap kritikal dan tidak boleh diselamatkan lagi.
Kebanyakan kes yang saya kendalikan, ramai lelaki tidak mengambil berat ketulan di buah zakar sehingga ia benar-benar jelas kelihatan atau membesar.
Selepas menjalani pemeriksaan benjolan atau ketulan berkenaan adalah kanser buah zakar.
Petua Hubungan Seks Suami Isteri
Klik SINI kenapa isteri berkata "Bang, kenapa pancut cepat sangat nie...tak puas la..."Oleh itu, pemeriksaan sokongan seperti ujian imbasan dan sebagainya akan dilakukan doktor untuk mengetahui kandungan benjolan berkenaan dan selepas itu, barulah dapat dipastikan sama ada benjolan itu berbahaya atau tidak.
Seperkara lagi, walaupun negara kita boleh dianggap maju dan moden, masyarakat masih lagi percaya dengan bomoh dan dukun.
Bukan hendak menafikan keupayaan perubatan tradisional untuk mengendalikan masalah kesihatan, tetapi sebaiknya anda perlu merujuk kepada rawatan saintifik sekiranya berhadapan dengan masalah benjolan di celah kangkang atau di buah zakar.
Perlu diingat, jangan ambil mudah sekiranya anda berhadapan dengan masalah seperti ini. Segera mendapatkan rawatan dengan doktor bertauliah dan diiktiraf bagi menjamin rawatan selamat.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Jika anda dapati entri blog ini berguna, kongsi dengan rakan-rakan anda. Klik butang Facebook dan Twitter di bawah. Semoga pahala anda bertambah-tambah untuk usaha yang sedikit ini!Benjolan
Download FREE Ebook Lambat Pancut!
Masukkan nama & email utama anda ke dalam borang di bawah:
Email anda SELAMAT & TIDAK akan digunakan selain dari muat turun ini.Sila LIKE Kami Untuk Terus Kami Update Di Wall Facebook Anda :)
Facebook comments:









