web analytics
PanduanBatin.com Blog Perkahwinan, Teknik Tahan Lama Di Ranjang, Tips Lambat Pancut, Petua Rangsang Isteri Serta Suami & Kesihatan Seks, Batin Lelaki Dan Wanita

Iklan

Iklan

Artikel Popular

  • Masalah Hubungan Batin: Kurang Cecair Air Mazi



    Air Mazi

    KALI ini saya mahu berkongsi maklumat mengenai masalah ‘pelincir’ ketika melakukan hubungan suami isteri kerana saya terima banyak pertanyaan dan mohon khidmat nasihat mengenainya.

    Berdasarkan kepada pertanyaan diterima, antara masalah dibangkitkan adalah kurangnya cecair air mazi hingga menyebabkan ‘hubungan’ pasangan itu tidak selesa dan menyakitkan serta menyebabkan penetrasi tidak berlaku.

    Ingin saya jelaskan, mukosa vestibule atau bahagian antara bibir kecil anggota kelamin wanita membabitkan mukosa yang menghasilkan lapisan pelembap, oleh itu bahagian itu akan sentiasa lembap.

    Sentuhan pada bahagian itu membuatkan lapisan mukosa menghasilkan cecair pelicin, manakala geselan kepada bahagian vestibule dan bahagian dalam bibir kecil dan bahagian berdekatan klitoris dan kulp klitoris membuatkan bahagian itu terangsang dengan penghasilan rembesan daripada kedua-dua pundi bartholin.

    Dengan curahan pelembap dan pelicin daripada mukosa dan pundi itu, pembukaan alat kelamin wanita menjadi lebih lembap dan licin serta mudah menyalurkan ereksi si suami.

    Kepada sesiapa yang mengalami masalah sebegitu, saya cadangkan terutama si isteri memegang bahagian belakang lekuk ereksi suami dan gosokkan ke bahagian vestibule dan klitoris dengan penghujung ereksi suami sebelum membenamkannya ke dalam pembukaan alat sulit si isteri itu.

    Cecair melekit yang keluar daripada penghujung ereksi suami (air mazi) yang keluar juga boleh menambah kelicinan bahagian pembukaan alat sulit wanita dan memudahkan penetrasi.

    Adalah lebih baik jika ketika pasangan melakukan adegan ‘pemanasan’, izinkan si suami memasukkan jari telunjuk ke dalam alat sulit bagi menggesel langit alat sulit itu, dua hingga tiga sentimeter dari pembukaan alat kelamin wanita.

    Ini kerana bahagian dikenali sebagai G-Spot itu jika terangsang akan merembeskan cecair jernih keluar daripada mukosa alat sulit secara berlebihan dan ini dapat membantu penetrasi.

    Untuk menyenangkan penetrasi, boleh cuba memasukkan jari anda ke dalam faraj untuk meneroka ruang alat sulit itu. Jika dua atau tiga jari boleh dimasukkan sambil anda melegakan otot alat sulit itu dengan tidak mengemut, sudah tentu tidak akan mengalami masalah ketika mahu ‘bersama’ pasangan

    Sumber

    ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
    Jika anda dapati entri blog ini berguna, kongsi dengan rakan-rakan anda. Klik butang Facebook dan Twitter di bawah. Semoga pahala anda bertambah-tambah untuk usaha yang sedikit ini!

    Air Mazi

     
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Download FREE Ebook Lambat Pancut!

    Masukkan nama & email utama anda ke dalam borang di bawah:

    Email anda SELAMAT & TIDAK akan digunakan selain dari muat turun ini.

    Anas Asarani

    Seks, suatu bidang yang perlu dipelajari dengan betul agar rumahtangga yang bakal/telah dibina bahagia sentiasa. Penulis percaya dan yakin seks yang halal antara suami dan isteri adalah sangat indah jika dibatasi dengan aturan yang telah ditetapkan oleh-Nya.
    Published on January 8, 2011 · Filed under: Info seks, Masalah seks; Tagged as: , , ,
    Sila LIKE Kami Untuk Terus Kami Update Di Wall Facebook Anda :)

    No Comments

Leave a Reply

*
Protected by WP Anti Spam