web analytics
PanduanBatin.com Blog Perkahwinan, Teknik Tahan Lama Di Ranjang, Tips Lambat Pancut, Petua Rangsang Isteri Serta Suami & Kesihatan Seks, Batin Lelaki Dan Wanita

Iklan

Artikel Terbaru

Artikel Popular

  • Adab Seks:Hukum Suami Gemar Menghisap Payu Dara Isteri



    Menghisap

    Apakah hukum seorang suami gemar menghisap payu dara isteri sambil terminum susunya sewaktu melakukan hubungan seks. Ini kerana suami saya amat gemar melakukan perbuatan tersebut dan saya juga menikmatinya. Pada masa yang sama, saya menyusukan anak perempuan berusia 10 bulan.

    JAWAPAN:

    Persetubuhan antara seorang lelaki dan perempuan menjadi halal melalui pernikahan yang sah. Nikah yang sah menjadi portfolio untuk mengadakan persetubuhan. Islam menghalalkannya dengan nikah dan mengharamkannya bagi mereka yang tidak bernikah.

    Melalui perkahwinan tertunailah segala keinginan seorang lelaki dan keinginan seorang wanita. Fitrah semulajadi manusia telah dilengkapkan dengan keinginan ini. Mereka yang hidup dengan menahan dan mengorbankan keinginan fitrah nafsunya berhadapan dengan pelbagai masalah di antaranya; psikologi yang terganggu, ketidakstabilan emosi, seterusnya membawa masalah dalam kehidupan seharian.

    Dalam hal ini, Islam memberi ruang untuk seseorang itu menikmati keinginan nafsunya dengan izin syarak. Namun sebagai hamba yang diciptakan untuk mematuhi perintah Allah maka cara dan etika dalam mengadakan hubungan suami isteri perlu dijaga.

    Ini kerana jimak juga dikira sebagai ibadat. Dalam surah al-Baqarah, Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu dan bertakwalah kepada Allah serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemui-Nya (pada hari akhirat kelak). Dan berilah khabar gembira (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang beriman.

    Dalam ayat ini Allah s.w.t. menggambarkan sebagai ladang atau kebun itu dengan tatacara yang beradab, walaupun ayat ini menyatakan datanglah kepada isteri-isteri kamu mengikut kamu suka.

    Mengikut al-Raghib al-Asfahani, makna kebun itu adalah tempat kamu menanam benih zuriat kamu.

    Al-Jauhariy menegaskan bahawa “kebun dalam ayat ini adalah satu perumpamaan” manakala Ibn Abbas r.a. berpendapat: “siramlah tanaman kamu di mana ia boleh tumbuh”.

    Allah memberikan kebebasan bagi suami isteri untuk menikmati jimak sesuai dengan kaedah dan cara yang dianggap sesuai menurut syarak. Maksudnya memenuhi kepuasan nafsu dengan tidak melampaui nilai dan adab.

    Namun begitu, Islam juga menggariskan batas-batas jimak tersebut, seperti dilarang menjimak isteri ketika haid atau nifas, dilarang menjimak dubur isteri dan lain-lain.

    Mengenai persoalan terminum susu isteri ketika bersetubuh sama ada secara sengaja atau sebaliknya. Harus menghisap payu dara isteri ketika berjimak, tetapi jika isteri dalam tempoh menyusukan anak adalah lebih baik tidak menghisapnya sampai terminum susu dari tubuh isteri.

    Ini kerana mungkin mulut si suami boleh membawa kuman dan anak yang menghisap susu itu boleh terdedah kepada sebarang jangkitan kuman.

    Perkara yang kedua ialah susu itu hak si anak dan bukan hak si suami. Walaupun dengan meminum susu si isteri tidak menjadikan lelaki itu bapa susuan.

    Sekiranya perbuatan suami itu membawa mudarat kepada bayi dengan jangkitan kuman atau susu berkurangan, maka hukumnya haram.

    Sumber

    ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
    Jika anda dapati entri blog ini berguna, kongsi dengan rakan-rakan anda. Klik button Facebook, Twitter atau Buzz di bawah. Semoga pahala anda bertambah-tambah untuk usaha yang sedikit ini!

    Menghisap

     
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Anas Asarani

    Seks, suatu bidang yang perlu dipelajari dengan betul agar rumahtangga yang bakal/telah dibina bahagia sentiasa. Penulis percaya dan yakin seks yang halal antara suami dan isteri adalah sangat indah jika dibatasi dengan aturan yang telah ditetapkan oleh-Nya.
    Published on May 19, 2010 · Filed under: Adab seks; Tagged as: , , ,
    Sila LIKE Kami Untuk Terus Kami Update Di Wall Facebook Anda :)

    8 Comments

8 Responses to “Adab Seks:Hukum Suami Gemar Menghisap Payu Dara Isteri”

  1. rashid said on

    saya rasa yang dikuatiri si isteri ia lah takut takut si suami jadi anak susuan pada isterinya. kalau itu lah dia jangan kuatir sebab syarat nak jadi anak susu mestilah lima kali menyusu hingga kenyang. tak mungkin sisuami akan kenyang dengan tersedut susu isteri nya .

    [Reply]

  2. yang bestnya tuan empunya blog belum bernikah lagi :D

    [Reply]

  3. Si suami tidak akan menjadi anak susuan si isteri walaupun si suami kenyang 10 kali menyusu. Ini kerana syarat untuk menjadi anak susuan, umur seseorang itu mestilah 2 tahun atau kurang ketika disusui. Wallahu’alam.

    [Reply]

  4. LOL lawak2 syarat nak jadi anak susuan ni mestilah menyusu waktu umur 2 tahun ke bawah! ni kalau dah tua bangka ni nak jadi susuan camne pulak? sebab tu lah hukum tuhan tu maha adil!

    [Reply]

  5. hukum2 tu bukan satu lawak,kalau tak pasti,baiklah bertanya pada yang lebih arif dalam agama..

    [Reply]

  6. yang tak bestnya

    kata-kata pujangga yang tidak berisi dan membebl

    tu banyak sangat

    boring laa baca

    [Reply]

  7. a.m. daud said on

    kata ustaz sy dulu, “segala perbuatan kita dihitung pada niatnya”.
    jd, kalau niat nak jadi anak susuan, jgn lh dihisap tetek is3 kita tu seolah2 dah seminguu tak makan-minum kot2 n9 kena dibatalkan perkahwinan tersebut, maka jilat2 dan main2 ngan lidah dah la. tp kalau niat untuk kenikmatan hubungan suami-isteri, hisaplah dengan cara yg mendatangkan kenikmatan, dgn romantik dan penuh syahdu. kalau takut kuman terjangkit kpd baby, jagalah kebersihan (cnth: jngn maen pelacur). bkn kah Allah Ta’ala mewajibkan hambaNya memelihara kebersihan zahir-batin?
    Itulah pendapat logik aku. Wallahu’alam.

    [Reply]

  8. khairul said on

    tuan blog x kawen lg???
    pe citer yop..
    kawen laa.
    hahaha…

    [Reply]

Leave a Reply

*
Protected by WP Anti Spam